Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mesir sedia buka lintasan Rafah, rawat warga Gaza cedera

Nov 01, 2023 | 12:39 PM



KAHIRAH: Mesir dilaporkan sedang bersiap sedia merawat rakyat Palestin yang cedera akibat pengeboman di Jaluran Gaza dengan pembukaan lintasan sempadan kepada orang ramai mulai Rabu, kata sumber perubatan dan keselamatan.


Mesir juga dilporkan berunding dengan semua pihak untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak, melampaui tahap kritikal di Gaza.

Pihak berkuasa sempadan di Jaluran Gaza yang diperintah Hamas berkata bahawa Mesir telah bersetuju untuk membawa masuk 81 orang yang paling cedera parah melalui Rafah, satu-satunya lintasan yang tidak dikawal oleh Israel.

Sejumlah besar ambulans dilihat berada pada Selasa di Rafah sementara menunggu arahan selanjutnya.

Bantuan yang Mesir hulurkan itu di tengah-tengah pengeboman berterusan Israel ke atas Jaluran Gaza yang dikendalikan Hamas.

Perdana Menteri Mesir, Encik Mostafa Madbouly berkata semua agensi pemerintah kini bekerja keras untuk membantu penduduk di Gaza.

“Mesir berunding pada semua peringkat, termasuk kepimpinan politik Presiden Abdel Fattah El-Sisi, dan semua agensi pemerintah kini bekerja keras untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan yang menimpa penduduk tidak berdosa di Gaza,” katanya.

Penghantaran bantuan menerusi pintu sempadan Rafah dilaporkan semakin perlahan, susulan sistem pemeriksaan yang dipersetujui dengan Israel.

Jurucakap Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Cik Julietta Touma, berkata meskipun terdapat peningkatan bilangan trak bantuan yang memasuki Gaza, ia masih tidak mencukupi.

Ini kerana secara purata, hanya 14 trak memasuki setiap hari berbanding 400 trak yang diperlukan bagi menampung 2.3 juta penduduk Gaza yang kini terdesak mendapatkan keperluan penting seperti roti.

“Pasukan perubatan akan tiba pada Rabu di persimpangan sempadan untuk memeriksa kes-kes dari Gaza sebaik sahaja mereka tiba... dan menentukan hospital yang akan dihantar,” kata seorang pegawai perubatan di bandar El Arish, Mesir.

Sumber keselamatan di lintasan Rafah mengesahkan maklumat itu, yang sebelum ini dilaporkan oleh saluran berita Al-Qahera.


Pegawai perubatan itu menambah bahawa hospital lapangan dengan keluasan 1,300 meter persegi, akan dibina untuk menerima penduduk Palestin yang cedera di bandar Sheikh Zuweid di utara Sinai, kira-kira 15 kilometer dari Rafah.

Amerika Syarikat menyuarakan harapan agar ratusan rakyat Palestin-Amerika yang terperangkap di Gaza akan dapat keluar melalui Rafah.

“Kami rasa kami telah membuat kemajuan yang sangat baik dalam beberapa jam yang lalu,” kata jurucakap Jabatan Negara, Encik Matthew Miller kepada pemberita di Washington.

“Kami berharap sebarang perjanjian untuk mengeluarkan mana-mana individu akan membuka kemungkinan warga Amerika, atau keluarga mereka dan warga asing lain juga dibenarkan keluar kelak,” katanya.

Beliau berkata bahawa Amerika akan memaklumkan warganya di Gaza supaya menuju ke Rafah “sebaik sahaja kami mendapat maklumat yang membolehkan kami mengambil tindakan”.

Ketua Majlis Keselamatan Negara Israel, Encik Tzachi Hanegbi memberitahu pemberita bahawa Israel sedang bercakap dengan Mesir mengenai mereka yang cedera di Gaza. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >