Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Meteor kecil sinari langit Filipina

Sep 5, 2024 | 6:03 PM
Meteor kecil dapat dilihat di langit Luzon, pulau di utara Filipina. Ini merupakan hanya meteor kesembilan yang dapat disaksikan manusia sebelum ia mendarat di bumi.
Meteor kecil dapat dilihat di langit Luzon, pulau di utara Filipina. Ini merupakan hanya meteor kesembilan yang dapat disaksikan manusia sebelum ia mendarat di bumi. - Foto REUTERS

MANILA: Satu meteor kecil dan terang menyinari langit di utara Filipina apabila ia terbakar apabila memasuki atmosfera bumi pada 5 September, menurut Agensi Angkasa Eropah (ESA) dan beberapa saksi meteor tersebut.

Batu angkasa setinggi satu meter itu – dinamakan 2024 RW1 – memasuki atmosfera Bumi sejurus selepas tengah malam dan menyebabkan “bola api yang tidak berbahaya” di kawasan langit pulau Luzon Filipina, menurut ESA.

Meteor itu, yang ditemui melalui Tinjauan Langit Catalina, hanya merupakan meteor kesembilan yang pernah dilihat oleh manusia sebelum ia mendarat.

Ahli perniagaan, Encik Allan Madelar, 28 tahun, memberitahu pihak media bahawa beliau telah menunggu selama sejam di Gonzaga, sebuah bandar di Luzon, untuk menyaksikan meteor itu bersama seorang rakan.

“Ia memukau, warnanya cantik. Langit bertukar daripada hitam kepada biru-hijau, kemudian jingga dan hitam semula,” katanya.

Klip video yang disiarkan di Facebook dan disahkan pihak agensi berita menunjukkan bola api jingga yang menerangi langit malam Luzon untuk masa yang singkat.

Encik Audie de la Cruz, 65 tahun, pula memasang kameranya di atas jambatan di bandar Tuguegarao, 142 kilometer selatan Gonzaga, untuk mengambil gambar kejadian alam yang memukau itu, tetapi bola api itu mati sebelum beliau dapat memetik gambarnya.

“Ia seperti berudu (anak katak) dengan kepala yang sangat besar, dan kepalanya sangat terang,” kata Encik de la Cruz kepada media.

“Saya mungkin gagal mendapatkan gambarnya tetapi melihatnya merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” tambahnya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg