Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MFA nasihatkan tangguh perjalanan ke kawasan konflik di sempadan Thai-Kemboja

Dec 10, 2025 | 1:05 PM
Sebuah kenderaan tentera Thailand yang membawa meriam howitzer dilihat bergerak semasa pertempuran antara tentera Thailand dengan  Kemboja di daerah Phanom Dong Rak, wilayah Surin, Thailand, pada 9 Disember 2025.
Sebuah kenderaan tentera Thailand yang membawa meriam howitzer dilihat bergerak semasa pertempuran antara tentera Thailand dengan Kemboja di daerah Phanom Dong Rak, wilayah Surin, Thailand, pada 9 Disember 2025. - Foto: EPA

Rakyat Singapura dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan ke kawasan konflik di wilayah sempadan Thailand-Kemboja, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 10 Disember.

Rakyat Singapura di Kemboja dan Thailand harus memantau berita daripada sumber rasmi dengan teliti, mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan dan terus berwaspada untuk keselamatan diri, tambah kementerian itu, dalam kenyataan sebagai menjawab pertanyaan media.

The Straits Times memetik seorang jurucakap kementerian sebagai berkata: “Singapura amat bimbang dengan penyambungan semula pertempuran baru-baru ini di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja dan laporan korban di kedua-dua belah pihak.

“Kami menyeru kedua-dua negara supaya menahan diri dan menyelesaikan perbezaan mereka melalui dialog dan rundingan, mengikut semangat dan prinsip Deklarasi Bersama. Ini penting untuk hubungan jangka panjang antara Kemboja dengan Thailand, dan kepentingan Asean yang lebih luas.”

MFA juga amat menggalakkan rakyat Singapura yang berada atau melancong ke Kemboja dan Thailand supaya mendaftarkan diri dalam talian di https://eregister.mfa.gov.sg jika mereka belum berbuat demikian.

Rakyat Singapura di Kemboja dan Thailand yang memerlukan bantuan konsular harus menghubungi Kedutaan Singapura masing-masing di Phnom Penh atau Bangkok, atau Pejabat Bertugas Kementerian Ehwa Luar (24 jam):

Kedutaan Republik Singapura di Phnom Penh, Kemboja.

Alamat: 129 Norodom Boulevard, Sangkat Chaktomuk, Khan Daun Penh, 120207 Phnom Penh

Tel: +855-23-221-875

Tel Kecemasan: +855-977017371

Emel: singemb_pnh@mfa.sg

Kedutaan Republik Singapura di Bangkok, Thailand

Alamat: 129 South Sathorn Road, Thung Maha Mek, Sathorn, Bangkok 10120

Telefon: +66-2-348-6700

Talian Kecemasan: +66-81-844-3580

Emel: singemb_bkk@mfa.sg

Pejabat Bertugas Kementerian Ehwal Luar (24 jam)

Tel: +65 6379 8800 / +65 6379 8855

Emel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg