Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MFA: S'pura dan M'sia perlu patuh peruntukan perjanjian air

Jun 26, 2018 | 05:30 AM



KEDEDUA Malaysia dan Singapura perlu mematuhi sepenuhnya peruntukan perjanjian air 1962.



Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa beliau akan "duduk dan berunding" bersama Singapura mengenai perjanjian air berkenaan kerana beliau berasa harganya "terlalu mahal" dan "mengarut".



Dalam satu kenyataannya semalam, jurucakap MFA berkata:



"Perjanjian Air 1962 adalah perjanjian asas yang dijamin oleh kedua-dua pemerintah dalam Perjanjian Pemisahan 1965 yang didaftarkan dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Kedua-dua pihak mesti mematuhi sepenuhnya semua peruntukan perjanjian ini."



Dr Mahathir menyentuh tentang isu air dalam dua wawancara berasingan dengan Channel NewsAsia and Bloomberg Television.



Dalam temu bual dengan Bloomberg Television, di pejabatnya di Kuala Lumpur, Dr Mahathir berkata air ialah antara isu dengan Singapura "yang perlu kami selesaikan".



"Kami akan duduk dan berunding dengan mereka, seperti orang beradab."



Singapura dan Malaysia menandatangani empat perjanjian air.



Yang pertama pada 1927 dan tidak lagi berkuat kuasa.



Air yang diimport dari Malaysia di bawah tiga perjanjian yang ditandatangani pada 1961, 1962 dan 1990 memenuhi kira-kira separuh permintaan air Singapura.



Bagaimanapun, jumlah itu dikurangkan selepas Singapura tidak memperbaharui perjanjian 1961 yang tamat pada 2011.



Pemerintah Singapura telah berkata bahawa Singapura boleh mampu diri dalam air apabila perjanjian 1962 dan 1990 tamat pada 2061.



Perjanjian 1962 itu membekalkan Singapura 250 juta gelen air mentah setiap hari pada harga 3 sen setiap 1,000 gelen, dan Malaysia membeli semula sebahagian daripadanya sebagai air yang dirawat pada harga 50 sen (17 sen Singapura) bagi setiap 1,000 gelen.



Dalam temu bual itu, Dr Mahathir berkata, beliau akan bersahabat dengan Singapura dan negara lain sambil memberi tumpuan pada perjanjian adil dan memastikan imbangan.



"Saya fikir kita boleh mendapat manfaat daripada satu sama lain," katanya.



"Kami memerlukan kepakaran Singapura. Ramai orang Singapura melabur di Malaysia kerana lebih murah di sini."



Dr Mahathir turut menyentuh tentang isu air dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia semalam.



Ditanya sama ada beliau akan mengadakan pertemuan dengan Singapura berkaitan isu ini, Dr Mahathir berkata:



"Ianya tidak genting. Kami mempunyai banyak lagi masalah lain yang harus diberi tumpuan dulu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >