Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MH17: 26 jenazah warga M'sia dikenalpasti

Aug 17, 2014 | 05:26 PM



THE HAGUE (Belanda): Sejumlah 26 jenazah rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah dikenalpasti.


Memberikan perkembangan terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata:


"Saya dimaklumkan mengenai perkara itu dalam perjumpaan dengan Duta Besar Malaysia di Belanda, Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib dan Naib Presiden Perkhidmatan Operasi MAS, Datuk Baharom Mohd Yatim semalam.


"Perkara ini telah dimaklumkan kepada keluarga. Proses dokumentasi kini sedang dijalankan dan akan disiapkan secepat mungkin sebelum upacara sembahyang atau pembakaran mayat dilakukan.


"Juga untuk makluman, kedua-dua kerajaan sedang berusaha keras bagi memastikan dua mayat ini dapat dihantar pulang segera," katanya.


Pada 14 Ogos lepas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata 24 jenazah rakyat mangsa tragedi MH17 telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa Belanda, iaitu 14 penumpang dan 10 anak kapal.


Beliau turut berkata, 16 jenazah mangsa nahas yang berlaku 17 Julai itu, termasuk seorang bukan warga Malaysia, akan dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan sebuah pesawat khas yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 pagi, Jumaat ini.


Tarikh itu juga diumum sebagai hari berkabung negara dan satu istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi itu akan diadakan pada hari berkenaan di Kompleks Bunga Raya, KLIA.


Penerbangan MH17 milik MAS yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Russia, dipercayai akibat ditembak jatuh. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >