Militia Iraq pro-Iran setuju henti serang kedutaan AS selama 5 hari

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Militia Iraq pro-Iran setuju henti serang kedutaan AS selama 5 hari

Mar 19, 2026 | 12:45 PM

Militia Iraq pro-Iran setuju henti serang kedutaan AS selama 5 hari

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Api marak di luar kawasan ibu pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di “Zon Hijau” Baghdad susulan serangan dron dan roket pada 17 Mac 2026.
Api marak di luar kawasan ibu pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di “Zon Hijau” Baghdad susulan serangan dron dan roket pada 17 Mac 2026. - Foto: AFP

BAGHDAD: Sebuah kumpulan bersenjata pro-Iran yang berpengaruh di Iraq setuju untuk berhenti menyerang kedutaan Amerika Syarikat selama lima hari, tertakluk kepada beberapa syarat termasuk Israel menghentikan serangan di beberapa bahagian Beirut.

Media melaporkan tiada serangan dron atau roket setakat ini ke atas kedutaan Amerika di ibu negara Iraq, Baghdad, antara malam 18 Mac dengan pagi 19 Mac.

Iraq dilaporkan secara tidak rela telah terlibat dalam konflik serantau yang dicetuskan oleh serangan Amerika-Israel ke atas jirannya Iran pada 28 Februari.

Serangan telah menyasarkan kumpulan disokong Iran, yang sebaliknya mendakwa melakukan serangan hampir setiap hari ke atas kepentingan Amerika di Iraq dan di seluruh rantau ini.

Hezbollah berkata setiausaha agung kumpulan itu telah “mengeluarkan arahan untuk menggantung operasi yang menyasarkan Kedutaan Amerika di Baghdad selama lima hari”.

Dalam satu kenyataan, kumpulan yang disokong Iran itu - yang dilabelkan Washington sebagai “organisasi pengganas” - menetapkan beberapa syarat, termasuk Israel “menghentikan pengebomannya” di pinggir bandar selatan Beirut, dan “komitmen untuk menahan diri daripada mengebom kawasan perumahan di Baghdad dan wilayah lain”.

Setiap kali “musuh melanggar” gencatan senjata “tindak balas akan segera dilakukan”, katanya, memberi amaran tentang “peningkatan serangan” selepas tempoh lima hari.

Kedutaan Amerika telah disasarkan oleh serangan dron dan roket dalam beberapa hari kebelakangan ini, dengan pertahanan udara memintas kebanyakan peluru berpandu.

Sebuah pusat diplomatik dan logistik Amerika di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad, yang menempatkan anggota tentera, juga kerap disasarkan.

Sekurang-kurangnya empat letupan dilaporkan berlaku di bandar Erbil, ibu kota wilayah Kurdistan, pada pagi 18 Mac..

Dan satu serangan berhampiran sempadan barat Iraq dengan Syria pada hari yang sama, telah membunuh tiga pejuang dari bekas gabungan separa tentera Hashed al-Shaabi, kata pakatan itu.

Para pejuang dari pakatan itu - juga dikenali sebagai Pasukan Mobilisasi Popular (PMF), yang kini merupakan sebahagian daripada angkatan tentera tetap Iraq - telah diserang dalam serangan Amerika atau Israel yang menyasarkan pusat arahan utama mereka di wilayah Anbar.

Puak pro-Iran juga mempunyai briged yang beroperasi dalam pakatan itu.

Dalam pada itu, import gas negara itu daripada Iran telah dihentikan pada 18 Mac ketika Baghdad hampir tidak mempunyai masa untuk meraikan perjanjian untuk mengeksport sebahagian kecil pengeluaran minyaknya melalui Turkey selepas gangguan penghantaran melalui Selat Hormuz. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg