Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

'Minah motor' Saudi akhirnya dapat lepaskan gian

Jun 25, 2018 | 05:30 AM



RIYADH: Setahun lalu, sukar membayangkan wanita Arab berseluar jeans ketat dan berkemeja-T Harley-Davidson meligatkan engin motosikal di sebuah litar sukan Riyadh.



Tetapi menyusuli langkah kerajaan Arab Saudi menamatkan undangundang berdekad-dekad yang melarang wanita memandu mulai semalam (24 Jun), sekumpulan wanita berkumpul setiap minggu di Bikers Skills Institute untuk belajar menunggang motosikal.



"Menunggang motosikal menjadi keghairahan saya sejak kecil," kata Noura, 31 tahun, yang enggan memberi nama sebenarnya kerana bimbang reaksi awam.



Menamatkan larangan memandu ke atas wanita - Arab Saudi satu-satunya negara yang melakukan itu - adalah reformasi paling menarik yang dilancarkan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman.



Tetapi langkah itu dibayangi gelombang tangkapan aktivis wanita, termasuk yang lama menentang larangan tersebut, baru-baru ini.



Tiada seorang pun wanita di litar itu mahu bercakap tentang tindakan tersebut. Mereka lebih suka fokus pada kebebasan yang baru mereka dapat kecapi.



"Saya membesar dengan melihat keluarga saya menunggang motosikal," kata Noura kepada AFP sambil menaiki sebuah motosikal Yamaha Virago.



"Sekarang saya harap saya akan cukup mahir cukup untuk menunggang di jalan raya."



Di sebelahnya, Leen Tinawi, 19 tahun dan berasal dari Jordan, menghidupkan sebuah motosikal Suzuki. Bagi kedua-dua wanita itu, menunggang motosikal bukan setakat keghairahan yang dipacu adrenalin.



Ia juga satu bentuk perkasaan.



"Saya boleh merumuskan keseluruhan pengalaman menunggang motosikal dalam satu perkataan - kebebasan," kata Tinawi.



Apabila kedengaran kata-kata "giliran awak untuk menunggang", kedua-dua penunggang itu mengikuti instruktor mereka dari Ukraine, Elena Bukaryeva, 39 tahun, yang menunggang sebuah Harley-Davidson.



Pada kebanyakan hari, litar itu penuh dengan pelumba dan peminat motosikal - semuanya lelaki.



Tetapi sejak ia menawarkan kursus asas menunggang kepada wanita pada Februari lalu, empat peminat motosikal wanita mendaftar, kebanyakan mereka orang Arab Saudi, ujar Cik Bukaryeva.



"Mereka dari dulu mahu belajar menunggang motosikal. Dan sekarang mereka berkata "kini giliran saya'," katanya kepada AFP.



Beliau menggemakan slogan yang tertera pada bahan promosi institut itu: "Kini giliran anda menunggang."



Apabila ditanya mengapa tidak ramai wanita mendaftar untuk kursus itu, yang bayarannya ialah 1,500 riyal ($545), Cik Bukaryeva berkata: "Mungkin keluarga mereka menghalang mereka."



Tinawi mengiyakan sentimen itu. Menurut Tinawi, beliau juga menghadapi tentangan daripada keluarganya.



"Ibu bapa saya berkata: 'Awak nak naik motosikal? Awak perempuan. Ia berbahaya'," katanya kepada AFP.



Di Arab Saudi, memandu dan menunggang telah sekian lama merupakan perkara yang dilakukan oleh kaum lelaki sahaja.



Berdekad-dekad golongan agaman tegar menyokong pengharaman ke atas wanita memandu dengan ramai daripada mereka menegaskan bahawa membenarkan wanita memandu akan menggalak pergaulan bebas.



Ramai wanita tetap bimbang bahawa mereka masih terdedah kepada tanggapan konservatif bahawa lelaki yang menjadi "pelindung" wanita - bapa, suami atau sanak saudara mereka - boleh sewenang-wenang membuat keputusan bagi pihak mereka.



"Jangkakan lebih banyak kemalangan disebabkan wanita" menjadi kata-kata yang diulang-ulang dalam komen seksis di Twitter.



Kerajaan Arab Saudi bertindak terlebih dahulu bagi menangani kebimbangan akan berlaku penderaan seksual apabila wanita dibenarkan memandu dengan memperkenal undang-undang yang mengenakan hukuman penjara hingga lima tahun dan denda maksimum 300,000 riyal bagi kesalahan itu.



Kebimbangan praktikal bagi pemandu wanita ialah kod pakaian. Di litar privet itu, penunggang memakai seluar jeans ketat dengan pad lutut dipasang diluar. Tetapi ini masih boleh dipakai di khalayak ramai.



Jubah abaya - wajib bagi wanita di Arab Saudi - tidak praktikal semasa menunggang kerana ia boleh terperangkap di roda, sekali gus mengundang bahaya.



Selain itu, ramai wanita mengadu bahawa jumlah instruktor wanita kurang dan bayaran kursus memandu dan menunggang tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >