Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG UKRAINE

Moscow ancam serang pusat arahan Kyiv jika Ukraine terus serang wilayah Russia

Apr 15, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW: Tentera Russia mengancam akan menyerang pusat arahan Ukraine di ibu kota Kyiv jika tentera Ukraine terus menyerang wilayah dalam Russia.



"Kami melihat percubaan tentera Ukraine untuk melakukan sabotaj dan menyerang wilayah Russia," kata kementerian pertahanan Russia dalam satu kenyataan kelmarin.



"Jika kes seperti ini berterusan, tentera Russia akan menyerang pusat arahan, termasuk di Kyiv."



Sejak Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, menghantar tentera ke Ukraine pada 24 Februari lalu, Moscow telah menuduh tentera Kyiv menyerang wilayah di selatan Russia.



Awal bulan ini, tentera Russia berundur dari kawasan utara Kyiv dan kini menumpukan semula usaha mereka menawan lebih banyak wilayah di timur Ukraine.



Kementerian Pertahanan Russia mengesahkan tenteranya kini menguasai sepenuhnya bandar pelabuhan Mariupol yang terkepung.



Kementerian itu menambah bahawa tentera Ukraine dan anggota batalion Azov telah dikepung dan "dihapuskan peluang melarikan diri".



Anggota batalion Azov telah bertempur hebat menentang Russia di Mariupol, yang terletak di tenggara Ukraine antara Crimea yang diduduki Russia dan wilayah pemisah pro-Russia di timur Ukraine.



Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mengumumkan tambahan AS$800 juta ($1.1 bilion) bantuan ketenteraan kepada Ukraine, meluaskan skop bantuan itu merangkumi meriam berat, menjelang serangan besar-besaran Russia di timur Ukraine.



Pakej itu, yang menjadikan jumlah bantuan ketenteraan Amerika kepada lebih AS$2.5 bilion, termasuk sistem meriam, peluru meriam, kenderaan pengangkut berperisai dan bot pertahanan pantai tanpa pemandu.



Encik Biden berkata beliau juga telah meluluskan pemindahan helikopter tambahan, berkata peralatan yang diberikan ke Ukraine "sangat kritikal" kerana ia menghadapi pencerobohan.



Pakej baru itu termasuk 11 helikopter Mi-17 yang telah diperuntukkan pada Afghanistan sebelum pemerintah yang disokong Amerika tumbang tahun lalu.



Ia juga termasuk 18 meriam katak 155mm, bersama-sama dengan 40,000 peluru meriam, radar, 200 kenderaan berperisai dan 300 dron 'Switchblade'.



Ini adalah kali pertama meriam berat diberikan kepada Ukraine oleh Amerika. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >