Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Moscow usir 18 diplomat EU

Apr 17, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW: Russia semalam mengusir 18 diplomat Kesatuan Eropah (EU) sebagai tindak balas terhadap keputusan Brussels mengisytiharkan 19 warga Russia sebagai 'persona non grata' awal bulan ini.



EU pada 5 April lalu memaklumkan, seramai 19 diplomat Russia sudah membabitkan diri dalam aktiviti bertentangan dengan status diplomatik dan mengarahkan mereka meninggalkan Belgium.



Kementerian Luar Russia dalam kenyataannya berkata, mereka sudah memanggil duta EU ke Russia, Encik Markus Ederer, dan menyerahkan nota bantahan kepadanya.



"Pihak Russia mengisytiharkan bahawa EU bertanggungjawab ke atas kemusnahan hubungan dialog dua hala yang sudah lama dibina dan kerjasama yang sudah mengambil masa beberapa dekad untuk dibentuk," katanya.



Kementerian itu turut meminta diplomat EU perlu meninggalkan Russia secepat mungkin.



Misi EU ke Russia dalam satu kenyataan pula kesal dengan apa yang disebut sebagai langkah tidak berasas.



"Keputusan pihak berkuasa Russia yang diumumkan pada Jumaat tidak mempunyai alasan dan tidak lain adalah tindakan balas dendam.



"Tindakan terpilih Russia ini akan meningkatkan lagi pengasingan antarabangsanya," kata beliau dalam satu kenyataan di Telegram.



Sementara itu, Russia telah meminta Brazil mendapatkan sokongan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Kumpulan 20 (G20) bagi membantu menentang sekatan yang dikenakan oleh Barat.



Menteri Kewangan Russia, Encik Anton Siluanov, mengutus surat kepada rakan sejawatannya dari Brazil, Paulo Guedes, bagi mendapatkan sokongan itu, lapor Sputnik, yang memetik agensi berita Reuters.



"Kami menganggap bahawa krisis semasa berikutan sekatan ekonomi didorong oleh negara G7 mungkin memberi kesan berpanjangan melainkan kami mengambil tindakan bersama untuk menyelesaikannya," menurut surat bertarikh 30 Mac itu.



Surat itu disampaikan kepada menteri Brazil oleh duta Russia ke Brazil pada Rabu lalu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >