Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia: Budak selamat selepas tercampak keluar dari kereta, dilanggar dua kali

Oct 19, 2023 | 05:27 PM



Kota Bharu: Seorang kanak-kanak lelaki terselamat selepas tercampak keluar dari sebuah kenderaan yang dipercayai dipandu anggota keluarganya sebelum dilanggar dua kenderaan lain di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan.

Hal itu didedahkan menerusi satu video yang tular dan dimuat naik media sosial pada Selasa.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang budak lelaki tercampak dari sebuah kereta menerusi pintu tempat duduk penumpang di belakang pemandu.

Budak itu, yang terbaring selepas terkeluar dari kenderaan tersebut, kemudian berdiri namun dilanggar dua kereta lain.

Selepas itu, budak itu kelihatan cuba bangun dan berlari sebelum diselamatkan oleh seorang penunggang motosikal yang membawanya ke tepi jalan.

Menurut laporan media Malaysia, pihak polis menyedari kejadian itu selepas mengesan rakaman video tersebut tular di Facebook pada 11 malam Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintenden Mohd Suhaimi Ali berkata, video itu menunjukkan satu kemalangan melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang dianggarkan berusia dalam lingkungan tiga tahun.

Dia tercampak keluar dari kenderaan yang dinaikinya ketika membuat pusingan ‘U’ di sebuah persimpangan berdekatan sebuah pasar raya.

“Kemalangan berlaku dipercayai akibat kegagalan pemandu kereta yang dinaiki oleh kanak-kanak itu untuk memastikan pintu penumpang sebelah kiri ditutup dengan kemas serta tidak memastikan kanak-kanak itu memakai tali pinggang keledar.

“Usaha mengesan kenderaan terbabit serta kanak-kanak itu masih dijalankan. Setakat ini tiada laporan yang dibuat mengenainya,” tambah beliau.

Superintenden Mohd Suhaimi berkata, siasatan mengenai kejadian berkenaan sedang dijalankan.

Beliau juga menggesa orang ramai yang menyaksikan kejadian itu, pemandu yang terlibat serta individu yang merakam video berkaitan agar tampil untuk membantu dalam siasatan.

“Pihak polis juga menggesa orang ramai supaya berhati-hati semasa memandu, menggunakan jalan raya dan mematuhi undang-undang serta isyarat lalu lintas yang berkuat kuasa di negara ini,” katanya. - AGENSI BERITA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >