Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tiang besi tercabut dalam bas sesak dengan pelajar di universiti Kedah

Oct 16, 2023 | 10:19 PM



SINTOK: Hari pertama tahun akademik baru di universiti pasti riuh dan sibuk dengan ramai pelajar mengejar waktu untuk ke kelas atau pun berpindah dari bandar atau kampung asal masing-masing ke maktab.

Tetapi di sebuah universiti di Kedah, Malaysia, nampaknya sebuah bas pelajar menjadi mangsa kepada kesesakan dialami pada hari itu.

Dalam satu video yang tular di TikTok pada Ahad, besi pemegang sebuah bas pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), di Sintok, Kedah, kelihatan tercabut dari tempatnya selepas dipercayai ditarik dengan kuat oleh pelajar.







Video dimuat naik seorang pelajar dengan nama pengguna _muhdafiq10 itu berjaya mencatatkan lebih 720,000 penonton sehingga 9 malam Isnin.

Dalam video berkenaan, kelihatan seorang lelaki mengeluarkan besi tiang bas berwarna kuning itu lengkap dengan tali-tali pemegangnya.

Lelaki itu membawa keluar besi itu dan kemudian menunjukkannya kepada seorang lelaki berpakaian baju merah dipercayai ialah kapten bas.

Satu lagi video dimuat naik pihak UUM dari pengguna Instagram @nr.khrnsaaa menunjukkan beberapa pelajar perempuan yang berada dalam bas itu dalam keadaan sesak terpaksa memasang balik besi pemegang itu kembali ke tempat asalnya namun tidak berhasil.







Video-video lain dari UUM menunjukkan keadaan sesak di perhentian bas universiti itu.

Ketika dihubungi Berita Harian, pengendali akaun _muhdafiq10, Encik Wan Muhammad Afiq Wan Azmi, 21 tahun berkata kejadian berlaku pada Ahad, hari pertama semester pertama tahun akademik 2023/2024.


“Memang pada hari pertama semester baru kebiasaannya setiap bas pantas penuh disebabkan pelajar yang akan transit dalam UUM untuk pergi ke sekolah atau maktab lain,” jelasnya menerusi TikTok.

“Bas kebetulan padat setiap masa dan masa di dalam bas saya mendengarkan bahawa tiang itu patah disebabkan daya tarikan yang kuat ketika bas itu melalui satu selekoh oleh pelajar perempuan,” kata Encik Afiq.

Pelajar tahun kedua itu menambah tiang pemegang bas itu kemudian dibawa keluar oleh seorang pelajar lelaki.

“Beliau kemudian memberikan besi tersebut kepada pemandu bas yang hairan bagaimana besi tersebut boleh patah,” katanya dengan berseloroh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >