Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M’sia: Cuci periuk guna penyapu, kedai makan di Pahang diarah tutup

Oct 10, 2024 | 5:43 PM
Seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah gerai makanan di Pahang dirakam mencuci periuk menggunakan penyapu.
Seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah gerai makanan di Pahang dirakam mencuci periuk menggunakan penyapu. - Foto TANGKAP LAYAR X UPDATE11111

PAHANG: Kedai makan tepi jalan di bandar Pahang, Kuala Lapis telah di tangkap mencuci periuk menggunakan penyapu.

Video kejadian itu dikongsikan dalam satu kumpulan Facebook, Komuniti Anak-Anak Lipis pada 5 Oktober dan kemudian dimuat naik ke media sosial lain.

Dalam klip tersebut, lelaki terbabit sedang mencuci periuk di belakang premis dipercayai terletak di bandar Lipis.

Video itu menimbulkan kemarahan dan kritikan warga maya yang menyifatkan tindakan lelaki itu menjijikkan.

Rata-rata warga maya juga meminta siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa bagi keselamatan dan kesihatan pelanggan.

Ini terbukti berkesan kerana ia kelihatan seperti komen-komen yang dikeluarkan telah mendorong pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Menurut pihak media Malaysia pada 6 Oktober, Majlis Daerah Lipis (MDL) akan melakukan siasatan susulan penularan rakaman video di laman sosial yang memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah kedai makan yang membersihkan periuk menggunakan penyapu.

Pihak MDL akan mengambil tindakan mengikut undang-undang jika siasatan mengesahkan kesalahan tersebut dilakukan di premis terbabit.

Pada 7 Oktober, media Malaysia juga melaporkan bahawa kedai tersebut diarah tutup selama 14 hari selepas Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan penutupan itu susulan pemeriksaan mengejut yang dicetuskan oleh aduan orang ramai.

Kementerian juga telah memeriksa simpanan makanan restoran itu. – Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg