Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

M'sia isytihar 19 Apr cuti sekolah khas; mudahkan urusan sambut Raya

Apr 12, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengisytiharkan 19 April sebagai cuti sekolah khas, tambahan kepada cuti sekolah pertengahan tahun yang bermula pada 20 April.



Pengumuman khas itu dibuat oleh Menteri Pendidikan, Cik Fadhlina Sidek, pada Selasa.



Beliau berkata cuti tambahan itu adalah untuk memudahkan urusan guru, murid serta ibu bapa untuk pulang ke kampung masing-masing bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya.



Difahami, hari cuti sekolah khas itu diperuntuk sebagai persiapan bagi kemungkinan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 21 April.



"KPM bersetuju untuk memberikan cuti tambahan pada 19 April ini atau Rabu untuk negeri di kumpulan A dan B," kata Cik Fadhlina, ketika temui selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah KPM.



"Jadi, 19 April tidak akan ada sesi persekolahan."



Sebelum ini media melaporkan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon KPM memberikan cuti khas kepada guru pada 19 April ini, menjelang sambutan Aidilfitri.



Menurut media di Malaysia, 1 Syawal boleh jatuh pada 21 April atau 22 April, dan tarikh Hari Raya di Malaysia hanya akan ditentukan selepas senja pada 20 April. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >