Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BEKALAN AYAM DI S'PURA

M'sia izin eksport tiga jenis komoditi daging ayam ke S'pura

KHIRUL BAHRI BASARUDDIN,Koresponden BH dari Kuala Lumpur

Jun 17, 2022 | 05:30 AM



MULAI kelmarin, tiga jenis komoditi merangkumi ayam daging berwarna termasuk ayam kampung dan ayam hitam, selain semua produk berasaskan ayam dan 'Day Old Chick' (DOC) atau anak ayam berusia sehari ayam pembiak baka diberi kebenaran untuk dieksport.



Keputusan terbaru kerajaan Malaysia itu hasil perbincangan dengan penggiat industri dan persatuan penternak selepas pengharaman eksport kira-kira 3.6 juta ekor ayam sebulan berkuat kuasa pada 1 jun lepas.



Bagaimanapun, menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MAFI) larangan eksport untuk ayam pedaging, ayam bulat, keratan ayam dan DOC ayam pedaging masih kekal berkuat kuasa.



"Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 23 Mei 2022, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MADFI) melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah menghentikan eksport ayam yang meliputi ayam hidup, karkas, ayam bulat, keratan daging ayam dan produk makanan berasaskan ayam bermula pada 1 Jun 2022 bagi memastikan pengeluaran bekalan ayam yang berterusan supaya sekuriti makanan di Malaysia kekal terjamin.



"Oleh itu, kawalan secara fizikal di semua pintu keluar akan terus dilaksanakan pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan sebarang aktiviti untuk mengeksport komoditi berkenaan tidak dibenarkan.



"Konsainan eksport komoditi itu perlu diuruskan sewajarnya oleh pemilik permit," katanya.



Menurut MAFI, pihaknya juga memandang serius sekiranya terdapat sebarang penyalahgunaan terhadap kebenaran khas berkenaan.



Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penternak Ayam Selangor, Encik Idrus Zainal Abidin, berkata kebenaran khas tiga komoditi ayam itu tidak akan mengganggu bekalan negara.



"Buat masa ini, bekalan semakin baik tetapi harga berbeza dari satu tempat ke satu tempat, bergantung kepada stok dari ladang tempatan.



"Kami menjangkakan keadaan kembali normal dalam tempoh sebulan dua," katanya ketika ditanya mengenai kebenaran khas untuk mengeksport ayam ke Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >