Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia: Kurang upaya bukan halangan jual burger

Oct 30, 2023 | 07:50 PM



DENGKIL: Kekurangan dari segi keupayaan bukan penghalang bagi sesiapa sahaja yang ingin mengejar impian mereka.


Termasuk juga bagi seorang penjual burger kurang upaya di Malaysia, Cik Jaheerah Nadzri, yang lebih mesra dikenali sebagai Eerah baru-baru ini yang menjadi tular atas kegigihannya menyediakan sajian khas yang dipanggil ‘Burger Kahwin Special’.

Pengendali gerai yang terletak di Kota Warisan Sepang, Dengkil, Selangor, berusia 29 tahun itu menjadi tarikan ramai pengguna di Internet selepas membuat penampilan dalam satu video saranan tempat makan tempatan di Facebook.







Video yang dimuat naik laman KL Foodie pada 21 Oktober itu menunjukkan bagaimana Cik Eerah menyediakan burger itu dan sehingga kini telah mencatatkan lebih 5.4 juta tontonan serta lebih 7,000 komen.

Dalam video selama tiga minit itu, Cik Eerah kelihatan menerima tempahan daripada pelanggannya dengan senyuman yang lebar.

Cik Eerah kemudian menunjukkan bagaimana beliau menyediakan sajian khasnya, Burger Kahwin Special yang mengandungi daging burger ayam dan lembu, dan dicelup dalam sos istimewa sebelum diisi telur goreng serta keju.

Selepas sajian itu siap disediakan, Cik Eerah menghantar tempahan pelanggan lelaki itu ke mejanya, dan sekali lagi kelihatan tersenyum lebar di wajahnya.

Ayah Cik Eerah, Encik Nadzri Abdul Majid yang diwawancara dalam video itu berkata gerai tersebut beroperasi setiap hari bermula 6 petang hingga lewat malam dan akan ditutup setiap Sabtu.

Namun gerai mereka itu bukan setakat perniagaan semata-mata, tetapi juga satu dorongan dari ayah tersayang menggalak anak bongsunya itu untuk lebih berdikari.

Menukil laporan media tempatan, Encik Nadzri berkata, Cik Eerah merupakan satu-satunya anak perempuan dalam kalangan empat anaknya.

Atas keadaan anaknya, itu, Encik Nadzri, 66 tahun berkata beliau akan terus menyokong dan menemaninya dalam apa jua caranya.

“Beliau tidak pernah bekerja sebab tidak mempunyai kelayakan untuk bekerja, tetapi sebab utama adalah kerana keadaan fizikalnya memerlukannya dapatkan bantuan dari orang sekelilingya,” jelas Encik Nadzri.

Beliau menambah, keadaan Cik Eerah menghambatnya daripada memandu kereta atau menunggang motosikal, dan juga membuatnya sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Bagaimanapun, Encik Nadzri mengharapkan yang terbaik bagi anaknya yang istimewa itu dan berharap satu hari nanti, anaknya itu akan dapat hidup secara berdikari dan mempunyai keluarga sendiri.

Encik Nadzri juga sering memberitahu anak-anaknya yang lain supaya menjaga anak istimewanya itu, terutamanya apabila Encik Nadzi sudah tiada.

Selain video itu, Cik Eerah sendiri memiliki sebuah akaun TikTok memaparkan kehidupan sehariannya yang kelihatan biasa-biasa sahaja meskipun kurang upaya.

Akaun itu sehingga kini telah menarik lebih 550,00 pengikut.

Satu video yang menunjukkan beliau sedang menyediakan burger turut menerima lebih 13.9 juta tontonan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >