Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M’sia minta Meta percepat permintaan hapus kandungan perjudian

Nov 02, 2023 | 02:13 PM



KUALA LUMPUR: Walaupun hampir 8,000 kandungan perjudian dalam talian telah diturunkan pada platform Meta sejak Januari 2023, Kementerian Komunikasi dan Digital masih memerlukan komitmen lebih teguh daripada penyedia perkhidmatan media sosial itu.


Menterinya, Encik Fahmi Fadzil, berkata Meta sebagai pengendali harus bertindak lebih pantas apabila menerima permintaan daripada pihak berkuasa, yang meminta untuk menghapuskan kandungan perjudian dalam talian.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berbincang dengan Meta untuk mendapatkan komitmen penuh mereka, untuk menangani kandungan perjudian dalam talian dengan lebih berkesan.

“Antara kerjasama yang kita perlukan ialah agar mereka bertindak cepat untuk melaksanakan permintaan pihak berkuasa,” katanya ketika menggulung ucapan Belanjawan 2024 peringkat menteri pada Rabu, lapor The Star.


Beliau berkata antara 1 Januari dengan 30 September, SKMM dengan kerjasama Meta dan platformnya Facebook, Instagram dan WhatsApp, telah mengeluarkan sejumlah 7,844 kandungan berkaitan perjudian.

Encik Wong Shu Qi (PH-Kluang) dalam soalan tambahan kemudian bertanya, sama ada mungkin pihak kementerian dapat memberitahu pengendali untuk meminta pengiklan mengisytiharkan maklumat peribadi mereka, sebelum membenarkan mereka mengiklan di platform.

Beliau berkata bahawa ahli politik yang perlu meningkatkan siaran mereka di media sosial akan dikehendaki mengisytiharkan maklumat peribadi mereka dengan platform sebelum dibenarkan menggunakan ciri pengiklanan.

“Bagaimanapun, mereka yang mengiklankan laman web perjudian dalam talian tidak perlu berbuat demikian. Di Eropah, terdapat garis panduan mengenainya.

“Bolehkah kami meminta Meta mendapatkan maklumat peribadi sesiapa yang ingin mengiklankan supaya kami boleh menyekat mereka yang berkongsi kandungan perjudian dalam talian?” ujar Encik Wong.

Sebagai jawapan, Encik Fahmi berkata: “Kami tidak akan bertanya, sebaliknya kami akan mengarahkan mereka (Meta).”

“Bagaimanapun, kita hanya boleh melakukan ini jika kita boleh mendapatkan platform media sosial untuk mendaftar (operasi mereka) di negara ini,” jelasnya.

Encik Fahmi berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan semua platform media sosial berdaftar dengan kerajaan untuk beroperasi di Malaysia.

Beliau berkata ini juga akan membantu dalam memastikan platform beroperasi mengikut undang-undang Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >