Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia mohon negara pengeluar beras Asean utamakan negara anggota

Oct 04, 2023 | 03:58 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia berharap Thailand dan Vietnam, iaitu antara negara pengeksport utama beras dalam Asean, dapat mengutamakan bekalan makanan asas itu kepada negara anggotanya.


Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Encik Chan Foong Hin, berkata saranan itu akan dibawa Malaysia dalam sesi perbincangan dua hala sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Asean mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 pada Rabu petang.

“Mungkin pada sesi dua hala, akan dibangkitkan seperti kita mahu mengeratkan lagi hubungan antara dua negara supaya meletakkan keutamaan eksport beras kepada negara anggota Asean.

“Itu kita akan buat pada sesi dua hala. Ia bukan secara umumnya, kerana bukan semua negara Asean ada beras,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian Malaysia.


Encik Chan sebelum itu ditemui media selepas merasmikan AMAF ke-45 di Kuala Lumpur pada Rabu.

Sesi perbincangan dua hala Malaysia dan anggota Asean dijadual berlangsung petang Rabu, dengan Malaysia diketuai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Selain Jepun, sesi perbincangan dua hala itu akan diadakan bersama dengan Thailand serta Institut Kajian Ekonomi untuk Asean.

Thailand dan Vietnam adalah antara pengeluar beras utama Asean ketika ini.

Sementara itu, ditanya isu tular berkaitan rungutan petani kononnya harga padi menurun sejak 63 tahun, Encik Chan berkata dakwaan itu akan diteliti dan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.

“Memang ada perbincangan tentang isu beras dalam Mesyuarat Kabinet,” katanya ringkas.

Mengulas mengenai Pasukan Petugas Khas Bersepadu Penguatkuasaan Operasi Beras Putih (OP BPT), beliau berkata operasi oleh agensi terlibat nanti akan dilakukan secara tertutup.

“Kita baru adakan mesyuarat yang pertama untuk muktamadkan (gerak kerja) pasukan petugas khas ini untuk operasi bersepadu beras putih tempatan (BPT).

“Operasi ini akan bermula bila-bila masa saja. Sekarang apa yang kita buat bukan lawatan. Apa yang akan kita lakukan adalah secara tertutup,” katanya.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan isu kekurangan bekalan BPT dan lonjakan harga beras import membelenggu pengguna di Malaysia ketika ini selepas negara pengeluar beras, India, melaksanakan sekatan eksport beras sejak Julai lalu.

Kerajaan Malaysia memperuntukkan subsidi tambahan hampir RM400 juta ($116.3 juta) untuk membantu menampung kos pembelian beras import bagi menggantikan penggunaan BPT di semua agensi dan jabatan kerajaan seperti kem tentera dan polis serta asrama sekolah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia adalah sebahagian usaha kerajaan bagi memastikan kecukupan bekalan beras tempatan di pasaran untuk dibeli rakyat.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebelum ini dilaporkan mengesan pembelian panik dan peningkatan permintaan terhadap BPT kesan daripada kenaikan beras import dikenal pasti sebagai antara punca berlakunya isu bekalan beras BPT di pasaran ketika ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >