Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M’sia pantau perundangan baru AS berkaitan sekatan pihak sokong Hamas

Nov 03, 2023 | 10:24 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia sedang memantau rapat keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan rang undang-undang (RUU) berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pergerakan Jihad Islam Palestin pada Rabu.


Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pihaknya akan melihat secara terperinci terlebih dahulu kandungan rang undang-undang itu sebelum melaksanakan apa-apa tindakan susulan.

“Keadaan di Palestin semakin buruk sehingga hari ini jumlah kematian yang kita terima adalah lebih daripada 8,700 orang dan keadaan ini amat mengecewakan manakala golongan yang hilang rumah mereka sudah mencapai angka 1.4 juta orang kesemuanya. Ini merupakan satu keadaan sangat menyedihkan.

“Di satu pihak pengeboman berterusan dilakukan manakala di satu pihak mereka bukan nak ambil jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah, malah meletakkan lagi dalam keadaan sukar untuk mencapai keputusan yang baik bagi kita menghentikan serangan ini dalam kadar segera bagi membolehkan bantuan kemanusiaan mulai masuk,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau menambah, penghantaran pertama bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin di Gaza dijadual dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish, Mesir, melalui penerbangan kargo sewaan khas.

“Kita ucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Mesir kerana dalam tempoh singkat mereka membenarkan bantuan dari Malaysia untuk sampai.

“Kebiasaannya bagi negara lain untuk sampai ke Lapangan Terbang Al-Arish itu mengambil masa berhari-hari lebih kurang lima enam hari tetapi dalam konteks Malaysia kita mendapat keputusan dalam 36 jam sahaja.

“... ia membolehkan kita membuat persiapan untuk penghantaran ke lapangan terbang itu, daripada situ, pihak berkuasa Mesir akan melakukan tindakan susulan bagi menghantar barangan ke Rafah,” katanya.

Pada masa sama, Datuk Zambry berkata Wisma Putra juga sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengeluarkan seorang rakyat Malaysia, Cik Nurul Ain Haron serta suaminya, yang sudah berada di Gaza sejak 1 Oktober lepas dengan kerjasama negara ketiga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >