Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia perlu 100,000 lagi pekerja asing, tambahan kepada 400,000 sedia ada

Jun 27, 2023 | 05:34 PM



PUTRAJAYA: Seramai 400,000 pekerja asing sudah dibawa masuk ke Malaysia setakat ini terutama bagi mengisi pekerjaan di lima sektor utama iaitu pembinaan, pembuatan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia adalah hasil dua dasar sebelum ini iaitu kelonggaran bagi kelulusan pekerja asing dan program rekalibrasi awal yang dilaksana awal 2023.

“Bagi kedua-dua dasar ini, kita sudah membawa masuk 400,000 pekerja asing bagi kelima-lima sektor itu, namun kita perlu mengisi sekitar 100,000 pekerja lagi.

“Kalau lihat daripada jumlah kuota diluluskan dan rekalibrasi yang sudah mendaftar, kita yakin boleh penuhi keperluan tenaga kerja ini, walaupun tidak mencapai sasaran suku pertama, mungkin akan berlaku pada suku kedua,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing ke-8 pada Selasa, lapor Berita Harian Malaysia.


Datuk Saifuddin berkata biarpun kerajaan mempermudahkan pengambilan pekerja, masih ada pihak tidak bertanggungjawab mengiklankan pekerjaan di media sosial.

“Di satu sisi lima sektor ekonomi kritikal mengharapkan pekerja asing, jadi menjadi tugas kerajaan untuk mempermudahkan dari segi polisi.

“Di sisi lain pula, ada juga elemen tidak bertanggungjawab, apabila kita permudahkan, dia bawa masuk dan iklan dalam media sosial, siapa hendak kerja cari mereka dan ini jelas bertentangan dengan dasar kerajaan,” katanya.

Beliau berkata perkara terbabit dapat dikesan dengan cepat oleh Kementerian Sumber Manusia yang seterusnya dibincangkan pada mesyuarat pada Selasa.

Selain itu, Kementerian Dalam Negeri mendedahkan sejumlah 1,120 pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini dari Januari hingga Mei lalu, tidak mempunyai pekerjaan.

Datuk Saifuddin berkata langkah segera sudah dilakukan bagi mengesan ejen yang membawa masuk pekerja berkenaan selain turut menyenarai hitam majikan yang terbabit.

“Usaha kami ketika ini adalah membantu mereka untuk mendapatkan majikan dan peluang kerja baru. Ini tumpuan kita dahulu bagi memudah cara mereka yang sudah berada di sini.

“Kita juga tahu siapa ejen dan siapa majikan itu dan kebanyakan pekerja asing ini dibawa masuk bagi segmen kerja pembersihan dan pencucian, ini paling ramai dengan kebanyakannya dari Bangladesh,” kata Datuk Saifuddin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >