Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia rancang rendahkan had usia pengundi

Kerajaan juga ingin lancar sistem daftar automatik
Mar 11, 2021 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Malaysia meneruskan rancangan hendak merendahkan had umur pengundi kepada 18 tahun.



Negara itu juga dijangka melancarkan sistem Pendaftaran Pengundi Automatik (AVR) selewat-lewatnya Julai ini.



Demikian menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) Dr Azmi Sharom seperti yang dilaporkan agensi berita semalam.



Pada 16 Julai 2019, Parlimen Malaysia meluluskan rang undang-undang agar AVR menurunkan had umur pengundi kepada usia 18 tahun.



Usia 18 tahun juga paras minimum bagi seseorang warga Malaysia bertanding menyandang jawatan khidmat awam.



Dr Azmi menambah bahawa pihak EC kini bersiap sedia melancarkan sistem AVR sungguhpun menghadapi cabaran jumlah pengundi yang lebih besar.



Pada 2019, EC menganggarkan bahawa mereka akan mengendalikan sekitar 7.8 juta pengundi baru, iaitu kenaikan 50 peratus berbanding jumlah pengundi sedia ada menjelang 2023, sekiranya sistem AVR digunakan.



Hal ini demikian kerana sistem AVR mampu menguruskan 4.5 juta pengundi berusia 21 tahun dan ke atas yang belum didaftar.



"Pihak urus setia bekerja keras mencapai sasaran itu meskipun menghadapi cabaran ekoran pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



"Sistem baru kini diusahakan. Berkenaan perubahan terhadap undang-undang, saya tidak mempunyai apa-apa maklumat buat masa ini.



"Unjuran 7.8 juta pengundi baru apabila AVR digunakan kelihatan tepat atau hampir tepat jumlahnya. Jumlah besar ini bermakna EC menghadapi cabaran mengeluarkan daftar pengundi.



"Satu hal ialah pendaftaran tetapi mewartakan daftar tersebut mesti dilakukan berlandaskan prosedur tertentu, misalnya tempoh membantah, sebelum seseorang warga boleh membuang undi," ujarnya.



Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa peraturan menguatkuasakan penggunaan AVR dan merendahkan had umur pengundi kepada usia 18 tahun di luar kawalan EC.



Sehingga hari ini, hanya Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak membolehkan calon berusia sekurang-kurangnya 18 tahun bertanding dalam pilihan raya. Baki enam negeri belum menetapkan pilihan masing-masing.



Ketika diminta mengulas, pakar Perlembagaan Malaysia Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata Perlembagaan perlu diubah agar pengurangan had umur dan pertandingan kerusi dalam kalangan anak muda boleh dilaksanakan.



"Ekoran perintah darurat 2021, Parlimen tidak beroperasi justeru tidak mampu merombak akta berkaitan pilihan raya. Begitu juga halnya bagi perhimpunan negeri," ujar Profesor Emeritus Shad Saleem.



Penangguhan sebegitu boleh menyebabkan jutaan belia berusia 18 tahun tidak dibenarkan mengundi. Akibatnya, kerajaan boleh disaman pengundi tersebut, tambahnya. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >