Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia saran 'satu sistem pelepasan imigresen sahaja'

Feb 04, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Malaysia telah mengusulkan 'satu sistem pelepasan imigresen sahaja' untuk mengurangkan kesesakan lalulintas yang teruk di sepanjang koswe yang menghubungkan negara itu dengan Singapura.



Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata di bawah sistem ini, proses pelepasan akan dilakukan sekali sahaja pada salah satu bahagian sempadan.



"Ini bermakna pegawai imigresen Singapura akan ditempatkan di pusat pemeriksaan kami di Johor untuk mengendali pasport orang yang memasuki Singapura manakala kakitangan imigresen Malaysia akan ditempatkan di Singapura untuk melakukan perkara yang sama bagi mereka yang memasuki Malaysia," katanya kepada akhbar The Star.



"Usulan ini masih di peringkat awal. Ia sama dengan sistem yang akan digunakan apabila operasi Sistem Transit Laju (RTS) bermula pada 2026," tambah Encik Mohamad Fazli.



Semasa lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura baru-baru ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menggesa agar keadaan lalu lintas di koswe, salah satu lintasan darat paling sibuk di dunia, dikawal.



Ini adalah kerana keadaan itu menyukarkan sejumlah 150,000 penumpang biasa.



Katanya lagi, kebanyakan penumpang terpaksa bangun seawal 4 pagi untuk beratur di pusat pemeriksaan sempadan Johor Bahru pada 5 pagi bagi mengharungi kesesakan lalulintas untuk bekerja atau berniaga dan pulang lewat malam.



Encik Mohamad Fazli, yang mengetuai pasukan petugas pelbagai agensi yang mencari jalan untuk mengurangkan kesesakan di Koswe dan Laluan Kedua di Tuas, berkata Johor juga sedang mencari dana tambahan untuk menambah lorong motosikal daripada 50 kepada 75 lorong setiap hala.



Beliau berkata terdapat juga cadangan supaya lorong lori digunakan untuk trafik penumpang pada hujung minggu.



Ditanya mengenai keadaan lalu lintas semasa Tahun Baru Cina, beliau berkata semua gerai di kedua-dua pusat pemeriksaan telah beroperasi sepenuhnya.



Penunggang motosikal, Encik Omar Kamison, 35 tahun, usul agar laluan motosikal khusus di Laluan Kedua untuk orang ramai yang tiba dari Singapura.



"Pada hujung minggu, banyak kereta dan lori memandu sangat dekat dengan kami, mengakibatkan kemalangan," katanya sambil menambah terdapat lorong sebegitu di sebelah Johor.



Rancangan untuk sistem pelepasan tunggal bagi Laluan RTS telah dipersetujui oleh kedua-dua negara pada 2011, membuka jalan demi membenarkan pengunjung mengosongkan imigresen di hanya satu lokasi di setiap arah. - The Star/Asia News Network.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >