Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia terima kuota 50% tiket VTL darat, udara ke SG

Jan 24, 2022 | 05:30 AM



BATU PAHAT: Malaysia menerima keputusan Singapura mengurangkan 50 peratus kuota bagi setiap skim Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) darat dan udara.



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata kapasiti itu bukan ditentukan Malaysia, tetapi melalui rundingan dengan Singapura dan pihak berkuasa berkaitan terutama Kementerian Kesihatan kedua-dua negara.



"Malaysia juga tidak menolak jika Singapura bersetuju menambah bilangan kuota kerana memahami keperluan pengembara terutama menjelang musim perayaan.



"Segala keputusan diserahkan kepada agensi kesihatan untuk menentukan sama ada kapasiti semasa perlu ditambah atau tidak," katanya lapor The Star.



Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua inisiatif VTL dibuka semula kelmarin selepas ditangguhkan pada 23 Disember tahun lalu.



Inisiatif VTL membolehkan pengembara dan warganegara Malaysia menyeberang Tambak serta sempadan udara dari Singapura berdasarkan tahap kesihatan mereka.



Datuk Wee berkata ketika ini kerajaan menerima ribuan permohonan daripada pelbagai pihak supaya dibenarkan penambahan kuota VTL.



"Kerajaan kita perlu melihat persetujuan bersama antara kedua-dua negara dan bukan soal siapa tak mahu memperjuangkan perkara berkenaan," katanya, lapor Berita Harian Malaysia.



"Jika pihak Singapura ada yang sudi menerima seperti mana yang pernah dibincangkan berdasarkan keadaan semasa (kalau ada keperluan boleh ditambah). Itu saja perbincangan secara umum antara kedua-dua belah pihak," katanya.



Beliau turut mengingatkan semua pengembara untuk memohon permit sebelum dan selepas membeli tiket supaya dapat menggunakan inisiatif VTL.



Sebelum ini, media melaporkan penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua inisiatif VTL antara Malaysia-Singapura (darat dan udara), digantung sementara berkuat kuasa 23 Disember lalu hingga kelmarin.



Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan terkini penularan Covid-19 membabitkan varian Omicron yang dilaporkan Singapura.



Pengumuman oleh Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) dalam satu sidang media sebelum ini menamatkan rejim ujian harian ketat untuk pengunjung VTL yang telah dilaksanakan sejak 6 Disember lalu, dan yang telah membantu pihak berkuasa mengesan lebih 700 kes Omicron yang diimport setakat ini.



MTF berkata sudah tiba masanya meringkaskan rejim ujian VTL dengan kes Omicron masyarakat kini mengatasi kes yang diimport, beban virus lebih rendah bagi varian Omicron kini jelas, dan lebih ramai penduduk telah menerima suntikan penggalak mereka.




"Malaysia juga tidak menolak jika Singapura bersetuju menambah bilangan kuota kerana memahami keperluan pengembara terutama menjelang musim perayaan.



Segala keputusan diserahkan kepada agensi kesihatan untuk menentukan sama ada kapasiti semasa perlu ditambah atau tidak."
- Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >