Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia umum tiada sekatan kegiatan ekonomi tahun ini

Bazar Ramadan boleh diadakan, prosedur operasi standard akan diperhalusi
Feb 15, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Tiada sekatan akan dikenakan ke atas kegiatan ekonomi termasuk bazar Ramadan pada tahun ini, umum Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Namun, beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) bazar akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.



"Kita tidak akan tutup perniagaan, saya dah sebut Raya ke, bulan puasa ke, pasar Ramadan ke, pasar malam ke, masih akan dibuka seperti biasa," katanya kepada pemberita kelmarin.



Sebelum ini, media setempat melaporkan luahan peniaga bazar Ramadan yang bimbang mereka tidak boleh berniaga akibat kes Covid-19 negara yang mengalami kenaikan mendadak, susulan penularan varian Omicron sejak lebih sebulan lalu.



Minggu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata penganjuran bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan, dan akan dilaksanakan seperti biasa di bawah SOP sedia ada.



Pada 2020, operasi bazar Ramadan di seluruh negara tidak dibenarkan bagi mengekang penularan Covid-19, manakala pada tahun lalu pula, operasi Bazar Ramadan di kawasan yang dikenakan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), tidak dibenar beroperasi.



Sementara itu, keputusan kerajaan membenarkan bazar Ramadan beroperasi tahun ini dialu-alukan kerana ia akan membantu 1.8 juta peniaga di seluruh negara.



Presiden Persatuan Peniaga Pasar Malam Bumiputera Shah Alam dan Klang, Encik Kamarul Nizam Razak, berkata beliau berterima kasih kepada pengumuman perdana menteri itu.



Encik Kamarul Nizam berharap peniaga dibenarkan berniaga sepanjang 30 hari sepanjang bulan puasa itu, berbanding tahun lalu apabila semua bazar Ramadan di daerah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor terpaksa ditutup selepas 25 hari akibat kebimbangan wabak Covid19.



Mengenai SOP yang beliau harapkan akan diperkenalkan atau dimansuhkan tahun ini, Encik Kamarul Nizam berkata SOP yang ditetapkan sebelum ini adalah cukup baik dan tidak memerlukan penambahan.



"Ini kerana peniaga sudah biasa ikuti langkah keselamatan seperti menguatkuasakan penjarakkan fizikal dan gunakan khidmat Ikatan Relawan Rakyat (Rela) serta ahli persatuan untuk melakukan kawalan orang ramai di pasar malam.



"Kami juga telah membataskan bilangan pelanggan pada satu-satu masa. Contohnya, jika terdapat 50 peniaga di satu tapak, jumlah pelanggan yang dibenarkan hanya 100 orang," katanya.



Presiden Persatuan Peniaga Kecil Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman, turut mengalu-alukan keputusan kerajaan membenarkan bazar Ramadan kerana ini akan membantu mereka mencari rezeki.



"Ini akan membantu 1.8 juta peniaga di seluruh negara dan meringankan beban mereka, selain membantu mereka mencari rezeki untuk menyara keluarga," katanya.



Beliau berkata pengumuman awal membenarkan bazar Ramadan juga akan membantu peniaga membuat persediaan lebih awal.



"Peniaga akan dapat mencari bahan-bahan pada harga berpatutan.



"Jika diumumkan pada saat akhir, ia akan membuatkan peniaga tergesa-gesa mendapatkannya. Ini akan menaikkan harga," jelas beliau. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >