Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mudik Raya diurus lebih baik, nahas berkurang

Apr 22, 2024 | 1:28 PM
Kesesakan jalan raya pada 7 April di Cilegon, Banten, semasa mudik Raya, sedang pihak berkuasa berikrar akan memperbaiki lagi keadaan pada 2025.
Kesesakan jalan raya pada 7 April di Cilegon, Banten, semasa mudik Raya, sedang pihak berkuasa berikrar akan memperbaiki lagi keadaan pada 2025. - Foto REUTERS

JAKARTA: Pihak berkuasa lalu lintas Indonesia mengatakan mereka telah berjaya dalam menguruskan aliran mudik musim cuti Aidilfitri 2024, yang dianggarkan terbesar setakat ini, dengan sedikit sahaja kemalangan, berbanding 2023.

Kementerian Pengangkutan mengunjurkan kira-kira 193.6 juta, atau hampir tiga perempat, penduduk Indonesia melakukan perjalanan tradisi mudik tahunan bagi Aidilfitri 2024.

Angka itu meningkat 56 peratus daripada jumlah semasa 2023, lapor The Jakarta Post.

Memetik penilaian peringkat awal, Menteri Penyelaras Pembangunan Insan dan Kebudayaan, Encik Muhadjir Effendy, berkata Polis Negara dan Tentera Indonesia (TNI) menguruskan lalu lintas mudik dengan lebih baik daripada pada 2023.

“Kami melihat sedikit kemalangan dan kecederaan dan kematian berkaitan lali lintas pada musim mudik ini,” kata Encik Muhadjir pada 17 April.

Sistem Pengurusan Keselamatan Jalan Raya Bersepadu (IRSMS) Polis Negara mencatat 2,985 kemalangan jalan raya sepanjang musim mudik 2024, berkurangan 12 peratus daripada 3,412 kejadian yang direkodkan sistem itu pada 2023.

Jumlah kematian kemalangan jalan raya yang direkodkan sepanjang cuti utama tahun ini berkurangan 17 peratus kepada 429, daripada 519 pada 2023.

Di sebalik penambahbaikan itu, Encik Muhadjir berkata pihak berkuasa perlu meningkatkan keselamatan keseluruhan keadaan perjalanan semasa mudik.

Beliau menyebut kemalangan pelbagai kenderaan pada 8 April yang mengakibatkan kematian 12 orang di kilometer marker (KM) 58 Tol Jakarta-Cikampek di Karawang, Jawa Barat.

Menurut polis, kemalangan itu berlaku apabila bas mini yang menuju ke Cikampek di Jawa Barat cuba keluar dari lorong aliran bertentangan dan merempuh kenderaan dari hadapan, melanggar sebuah bas.

Polis percaya pemandu bas mini yang terbunuh bersama 11 penumpangnya itu cuba melintas jalan untuk mencecah bahu di seberang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg