Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin bebas tuduhan salah guna kuasa, rasuah berjumlah RM232.5j

Aug 15, 2023 | 02:20 PM



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Malaysia pada pagi Selasa melepas dan membebaskan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta ($68 juta) bagi parti itu.


Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Tan Sri Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan berkenaan, lapor The Star.


Media Malaysia sebelum ini melaporkan Tan Sri Muhyiddin memfailkan notis usul untuk membatalkan tuduhan itu pada 18 April lalu, dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu, dan memohon prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.

Melalui afidavit sokongan difailkan bersama notis usul itu, Tan Sri Muhyiddin mendakwa empat tuduhan adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah.

Ini berikutan didakwanya tiada mana-mana satu pun daripada tuduhan terbabit mendedahkan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tan Sri Muhyiddin, 75 tahun, ketika menjadi Perdana Menteri kelapan didakwa menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi Bersatu.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya di antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Tan Sri Muhyiddin turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang dimasukkan dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Februari 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022 mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Ahli Parlimen (AP) Pagoh itu juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lalu atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.

Beliau menyifatkan empat tuduhan menggunakan kedudukan untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu yang dihadapinya, bermotifkan politik.

Kenyataan itu dikeluarkan Tan Sri Muhyiddin selepas keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan beliau daripada pertuduhan berkenaan.

Tan Sri Muhyiddin berkata pertuduhan yang salah dan tidak mengikut undang-undang menjadi faktor permohonannya untuk membatalkan tuduhan itu dibenarkan.

“Dari awal lagi saya rasa pertuduhan itu bermotif politik. Saya tak lakukan apa-apa kesalahan mengikut undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujarnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >