Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin dakwa wujud unsur rasuah maka AP Bersatu sokong Anwar

Nov 10, 2023 | 11:49 AM



KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahu polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan tentang perubahan sikap secara mendadak sokongan Ahli Parlimen (AP) Pembangkang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Tan Sri Muhyiddin berkata beliau mengesyaki terdapat unsur-unsur ugutan jenayah dan rasuah yang bermain, selepas empat AP Bersatu secara terbuka mengisytiharkan sokongan mereka kepada Datuk Anwar.

“Dalam kes Gua Musang, beliau memaklumkan kepada Bersatu Kelantan dalam mesyuarat, bahawa beliau menerima tawaran,” kata AP Pagoh itu, pada sidang media di ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) di Publika di sini lewat Khamis malam.

Tan Sri Muhyiddin merujuk kepada AP Gua Musang, Encik Mohd Azizi Abu Naim, yang mengumumkan sokongannya kepada Datuk Anwar, pada Selasa lalu.

Tanpa mendedahkan apakah tawaran yang dibuat atau oleh siapa, pengerusi PN itu berkata Encik Mohd Azizi menolak tawaran itu, hanya untuk mengisytiharkan sokongannya kepada Datuk Anwar, beberapa hari kemudian.

“Kami mengesyaki berlaku sesuatu yang bertentangan dengan peraturan,” kata Tan Sri Muhyiddin, dipetik oleh akhbar Malay Mail.


Tiga lagi AP Bersatu, turut mengisytiharkan sokongan mereka kepada Datuk Anwar setakat ini.

Mereka ialah AP Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan AP Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, yang berbuat demikian pada Oktober.

Sementara yang terbaru ialah AP Jeli, Encik Zahari Kechik, yang membuat pengumuman pada Khamis.

Tan Sri Muhyiddin berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat lanjut dan akan membuat aduan kepada polis dan SPRM dalam beberapa hari akan datang.

“Laporan kepada SPRM kerana ia melibatkan Akta SPRM,” katanya.

Beliau menambah bahawa Bersatu juga mengesyaki pegawai kanan dalam SPRM boleh terlibat dalam saga politik ini, dan akan memfailkan laporan mengenai syak wasangkanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan sesiapa.

Tan Sri Muhyiddin berkata, parti akan memutuskan tindakan tatatertib yang akan diambil terhadap Encik Mohd Azizi dan Encik Zahari, di kemudian hari.

Bersatu telah pun mengumumkan penggantungan enam tahun bagi Encik Suhaili dan empat tahun bagi Encik Iskandar Dzulkarnain kerana membangkang.

Tan Sri Muhyiddin turut mencadangkan peruntukan antilompat parti yang dikuatkuasakan pada 2022, perlu diperhalusi bagi mengelak kejadian serupa berlaku lagi.

“Bersatu berpendapat ia perlu disemak semula,” katanya.

Beliau turut mengkritik Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, atas keputusan pada Disember membenarkan empat AP Sabah – Datuk Armizan Mohd Ali (Papar); Encik Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi); Datuk Jonathan Yasin (Ranau); dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) — untuk mengekalkan kerusi mereka di Parlimen, selepas mereka meninggalkan Bersatu untuk menyertai Gagasan Rakyat Sabah.

Tan Sri Muhyiddin mencadangkan bahawa keputusan Tan Sri Johari berat sebelah, memihak kepada kerajaan campuran, kerana yang terakhir adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu parti Datuk Anwar.

“Memandangkan beliau adalah Speaker, kita dapat lihat apa sahaja yang diputuskan dipengaruhi oleh kedudukannya sebagai ahli PKR. Dan ini saya rasa agak tidak adil,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >