Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pembangkang dakwa ada ‘broker’ pancing AP sokong PM

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pembangkang dakwa ada ‘broker’ pancing AP sokong PM

Nov 09, 2023 | 01:20 PM



ALOR SETAR: Broker politik didakwa dalang yang menyebabkan beberapa Ahli Parlimen (AP) Perikatan Nasional (PN) bertindak mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dan Parti Islam SeMalaysia (Pas) Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mendakwa antara tindakan broker itu ialah memerangkap AP PN yang terdesak untuk mendapatkan peruntukan bagi kawasan masing-masing sehingga terpaksa menyokong Datuk Anwar supaya kekal berkuasa.

Katanya, menjadi tugas broker berkenaan mendekati wakil rakyat yang disasarkan dan menawarkan habuan supaya mereka beralih sokongan.

“Saya rasa punca utama ialah tidak wujud peruntukan untuk berkhidmat di kawasan masing-masing, itu saja. Mungkin itu cara mereka memerangkap AP pembangkang supaya menyokong Perdana Menteri.

“Adakan teknik potong bekalan air, bekalan elektrik, bekalan ubatan, mengebom hospital. Ini dilakukan supaya rakyat di Gaza, Palestin, menyerah diri, itu saja.

“Ini strategi sama, kalau saya sebut keras sangat, tapi itulah caranya. Kenakan sekatan supaya mereka berputus asa, ada tiga daripada mereka yang menyerah diri, terperangkap dengan strategi sama,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Sebelum ini, dua lagi AP PN dari Kelantan iaitu AP Jeli (Encik Zahari Kechik) dan Gua Musang (Encik Mohd Azizi Abu Naim) mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Anwar, menyusul dua AP sebelumnya dari Labuan (Datuk Suhaili Abdul Rahman) dan Kuala Kangsar (Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid) yang berbuat demikian.

Keempat-empat mereka adalah AP Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sementara itu di Melaka, Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh, berharap Datuk Anwar berhati-hati dengan sokongan yang dinyatakan beberapa AP pembangkang bagi memastikan agenda Reformasi Parlimen tidak tersasar daripada matlamat.

“Apabila Akta Anti-Lompat Parti dicadang dikuatkuasakan untuk menghalang `katak’ politik `melompat’ sesuka hati, bagi saya ia mungkin boleh menamatkan `drama politik’ yang berpanjangan dan wakil rakyat yang dipilih boleh memberi fokus untuk berkhidmat kepada rakyat dan parti yang mereka wakili.

“Tetapi rupa-rupanya, walaupun akta berkenaan sudah diluluskan, `katak-katak’ ini tetap melompat menggunakan nama lain, iaitu menyokong kerajaan tanpa keluar parti. Jadi, nama yang digunakan walaupun berbeza tetapi tujuannya tetap sama,” katanya.

Dalam pada itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa kerajaan untuk memberikan peruntukan pembangunan kawasan kepada wakil rakyat tanpa syarat dan berat sebelah.

Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan, memaklumkan sehingga kini Datuk Anwar masih belum memberikan peruntukan itu kepada AP pembangkang.

Katanya, atas sebab itu beberapa AP mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Anwar dan Kerajaan Persekutuan atas alasan keperluan mendapatkan peruntukan di kawasan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >