SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Muhyiddin menghadap Agong

Muhyiddin menghadap Agong

Jun 15, 2021 | 5:04 PM

Muhyiddin menghadap Agong

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara dalam kereta Toyota Alphard hitam untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 15 Jun 2021. - Foto tangkap layar BH TV
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara dalam kereta Toyota Alphard hitam untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 15 Jun 2021. - Foto tangkap layar BH TV -

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini (15 Jun).

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard hitam yang membawa Perdana Menteri memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu Satu pada jam 2.19 petang.

Pagi tadi, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Tun Arifin Zakaria turut menghadap Seri Paduka.

Muhyiddin pada pagi Rabu lalu telah menghadap Agong di Istana Negara diikuti 15 ketua parti politik utama pada Rabu, Khamis dan Jumaat minggu lalu sebelum berakhir semalam.

Sesi menghadap itu adalah bagi mendapatkan input ketua-ketua parti politik khususnya berkenaan usaha memerangi pandemik COVID-19.

Ia juga sebagai persediaan untuk Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang dijadualkan berlangsung esok. - BH Online

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg