Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Muhyiddin minta PM Anwar perjelas perjanjian maritim M’sia-Indonesia

Jun 11, 2023 | 08:00 PM



SEREMBAN: Mantan perdana menteri yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memberi penjelasan berhubung perjanjian sempadan kelautan dengan Indonesia yang ditandatanganinya baru-baru ini.

Tan Sri Muhyiddin mendakwa Datuk Seri Anwar menandatangani perjanjian itu ketika lawatan kerja Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, ke Malaysia baru-baru ini walaupun pakar maritim menasihatkan supaya tidak menandatangani perjanjian berkenaan, namun Perdana Menteri didakwa tidak mengendahkan pandangan terbabit.

“Pakar maritim memberitahu jangan sain (tandatangan), tapi dia sain juga. Dalam soal ini tidak boleh buat keputusan dengan mudah, yang boleh menyebabkan kawasan negara kita diambil oleh orang lain.

“Saya tak menuduh beliau (Perdana Menteri), tapi nak minta beliau beri penjelasan, atau beri kenyataan dan keterangan pada rakyat secara terbuka, tak payah diselindungkan.

“Apa yang dimeterai dalam perjanjian itu. Indonesia negara sahabat kita tetapi berkaitan kedaulatan negara ini, tidak boleh berkompromi walau seinci pun,” katanya berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat PN Negeri Sembilan yang diadakan Senawang, malam semalam (10 Jun).

Yang turut hadir, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyudin Hasan; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan kepemimpinan tertinggi parti gabungan PN pusat serta negeri.

Terdahulu, media melaporkan sempena lawatan kerja Encik Jokowi baru-baru ini, Datuk Seri Anwar telah menyaksikan pertukaran enam instrumen dua hala yang ditandatangani kedua-dua negara.

Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin yakin PN mampu membentuk kerajaan di Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya pengundi Melayu dapat keluar sepenuhnya pada hari pengundian.

“Data-data menunjukkan ada kecenderungan dalam kalangan rakyat negeri ini untuk melakukan perubahan, apa lagi gabungan PN kini menerima sambutan yang begitu baik dari kalangan pelbagai kaum,” katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >