Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS mula agih vaksin Moderna

Dec 21, 2020 | 05:30 AM



DETROIT/LOS ANGELES/NEW YORK: Amerika Syarikat sudah mula mengagih vaksin Covid-19 yang dikeluarkan syarikat bioteknologi Moderna kelmarin dengan lebih 3,700 lokasi dijadualkan menerima dan mentadbir suntikan vaksin seawal esok.



Usaha ini memperluas lagi proses pengagihan vaksin yang dimulakan syarikat farmaseutikal berbilang negara Pfizer, minggu lalu.



Dalam keadaan negara ini berdepan dengan jumlah jangkitan koronavirus dan kematian yang membimbangkan, Moderna telah mengalihkan bekalan vaksin daripada loji pengeluarannya ke gudang yang dikendalikan pengedar vaksin McKesson.



Kelmarin, sekumpulan pekerja kelihatan sedang menyusun kotak-kotak vaksin yang kemudian diangkat ke trak, jelas Jeneral Tentera Amerika Syarikat, Gustave Perna, dalam satu sidang akhbar.



Semalam, trak-trak ini sudah dikerahkan bagi menghantar vaksin berkenaan dengan bekalannya dijangka sampai ke penyedia jagaan kesihatan seawal hari ini.



Kiriman dos vaksin ini mesti diiringi pengawal keselamatan termasuk marsyal Amerika. Ia kemudian disimpan dalam peti sejuk yang dikunci.



Keutamaan suntikan vaksin ini akan diberi kepada golongan berisiko seperti warga emas di rumah rawatan dan pekerja perubatan di barisan hadapan.



Pada Jumaat lalu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika telah mengesahkan penggunaan darurat vaksin keluaran Moderna ini yang merupakan vaksin Covid-19 kedua yang diberi pengesahan untuk digunakan secara selamat.



Moderna pula menyatakan panel di luar penasihat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika telah memilih dan mengusulkan agar vaksin ini digunakan bagi individu berusia 18 tahun ke atas.



Suntikan yang dibangunkan Pfizer dan rakan kerjasamanya dari Jerman BioNTech telah mendapat pengesahan pada 11 Disember.



Jurucakap Jabatan Kesihatan dan Khidmat Kemanusiaan Amerika menyatakan 7.9 juta dos vaksin Pfizer dan Moderna akan dikirimkan ke seluruh negara minggu ini.



Vaksin ini disediakan dalam kuantiti sekecil 100 dos dan boleh disimpan selama 30 hari dalam peti sejuk dengan suhu biasa.



Vaksin Pfizer pula disediakan dalam kotak berisi 975 dos yang perlu dikirimkan dan disimpan dalam suhu -70 darjah selsius. Ia hanya mampu disimpan selama lima hari dalam peti sejuk bersuhu biasa.



Jeneral Perna berkata Amerika memiliki dos vaksin Pfizer dan Moderna secukupnya menjelang hujung tahun ini dengan misi memberi suntikan kepada 20 juta orang sepertimana yang pemerintah Amerika harapkan.



Bagaimanapun, kiriman vaksin akan diteruskan hingga minggu pertama Januari depan.



Pakar jagaan kesihatan meramalkan harapan cerah bagi sebahagian besar warga Amerika mendapatkan suntikan vaksin tersebut. - Reuters



Laporan lanjut Covid-19:



M'sia akan beli vaksin AstraZeneca



Ketua firma farmasi Jepun gesa telus perkenal vaksin



Korea Selatan catat rekod 1,097 kes sehari




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >