Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Musk sedia berlatih jika pertarungan MMA dengan Zuckerberg jadi nyata

Jun 25, 2023 | 5:49 PM
KERAP BERCANGGAH: Encik Elon Musk (kanan) berkata beliau bersedia jalani latihan jika pertarungan MMA antara beliau dengan Encik Mark Zuckerberg (kiri) menjadi nyata.
KERAP BERCANGGAH: Encik Elon Musk (kanan) berkata beliau bersedia jalani latihan jika pertarungan MMA antara beliau dengan Encik Mark Zuckerberg (kiri) menjadi nyata. - Foto AFP

WASHINGTON: Encik Elon Musk berkata beliau akan mula berlatih jika pertarungan seni bela diri campuran (MMA) dalam sangkar bersama ketua pegawai eksekutif Meta Platforms, Encik Mark Zuckerberg, benar-benar berlangsung.

Menerusi laman Twitter beliau, pemilik Twitter itu sebelum ini berkata beliau bersedia bersemuka dengan Encik Zuckerberg, yang menjalani latihan dalam jiu-jitsu, dalam pertarungan itu jika Encik Zuckerberg inginkannya.

Membalas cabaran pesaingnya itu, Encik Zuckerberg dalam reaksinya di Instagram mengiringi tangkap layar kenyataan di Twitter Encik Musk itu, menulis: “Kirim saya lokasinya.”

“Saya belum mula berlatih. Namun jika ini benar-benar akan berlaku, saya akan berlatih,” ujar Encik Musk dalam satu sesi perbincangan di Twitter bersama Encik Ashlee Vance, penulis buku yang pernah menghasilkan buku tentangnya.

Semasa menghadiri satu sambutan ulang tahun di Eropah, Encik Musk berkata pertempuran itu mungkin akan berlaku.

Tambahnya, ia akan berakhir dengan buruk jika Encik Zuckerberg menganggap serius pertempuran tersebut.

Sebelum ini, kedua-dua jutawan dan ikon industri teknologi itu pernah bertengkar mengenai masa depan kecerdasan buatan (AI) pada 2017.

Encik Musk memberi amaran mengenai bahaya AI selain menyifatkannya sebagai satu ancaman kepada manusia. Sebaliknya, Encik Zuckerberg pula lebih optimis AI dapat membantu manusia. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg