Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

RAHAT MENTERI LUAR ASEAN

Myanmar tak hadir lepas kritik negara anggota

Feb 17, 2022 | 05:30 AM



PHNOM PENH: Kemboja mengumumkan bahawa Myanmar telah mengesahkan ketidakhadirannya dalam Rahat Menteri Luar Asean selama dua hari yang bermula semalam.



Ini sehari selepas junta tentera Myanmar mengkritik negara-negara jirannya yang bertegas pemimpin jeneral negara itu tidak diundang.



"Tiada wakil dari Myanmar, sudah disahkan," kata Encik Chum Sounry, jurucakap kementerian luar Kemboja dalam satu mesej teks kepada Reuters apabila ditanya mengenai rahat menteri luar Asean itu.



Lewat Isnin lalu, junta tentera Myanmar, yang merampas kuasa di negara itu setahun lalu, berkata tindakan berterusan sebilangan anggota Asean mengenepikan kepimpinan tentera itu, dan hanya mahu mengundang wakil bukan politik rendah, bercanggah dengan prinsip blok rantau itu.



Keengganan Myanmar menyertai mesyuarat Asean merupakan satu halangan bagi usaha diplomatik Asean yang disokong antarabangsa untuk menamatkan konflik yang telah membunuh ratusan orang awam, menyebabkan lebih 300,000 orang kehilangan tempat tinggal, dan mencetuskan pemindahan syarikat asing di negara itu.



Singapura, Filipina, Indonesia dan Malaysia telah menggesa Kemboja mengecualikan jeneral Myanmar sehingga mereka menunaikan komitmen yang dibuat tahun lepas untuk menamatkan permusuhan dan membenarkan blok serantau 10 anggota itu membantu proses damai.



Sejak Oktober tahun lalu, Asean telah mengundang wakil Myanmar 'bukan politik' ke mesyuarat blok itu, tetapi majlis tentera yang memerintah telah menolaknya, dengan alasan junta itu adalah pihak berkuasa yang sah.



Asean belum lagi secara rasmi mengiktiraf pemerintah tentera negara itu, yang telah menjadi subjek sekatan yang dikenakan antaranya oleh Amerika Syarikat, Britain, dan Kesatuan Eropah (EU).



"Ketidakbolehan Myanmar menyertai atau melantik wakil bukan politik... tidak dapat dielakkan kerana ia bercanggah dengan prinsip dan amalan perwakilan sama rata di Asean," kata kementerian luar Myanmar pada Isnin lalu.



Namun ia "akan terus melanjutkan penglibatan membina" dengan semua anggota Asean, tambahnya.



Rahat Menteri Luar Asean selama dua hari bermula semalam. Rahat itu adalah yang pertama dalam siri mesyuarat yang akan dianjurkan Kemboja sebagai pengerusi Asean tahun ini, di bawah tema "Asean A.C.T: Menangani Cabaran Secara Bersama".



Pada awal bulan ini, pemimpin tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing, bersetuju mengatur bagi membolehkan utusan khas Asean dari Kemboja untuk bertemu anggota parti pemerintah awam yang digulingkan pada lawatan masa depan.



Ikrar itu, yang dibuat semasa panggilan video pada 26 Januari dengan Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen, merupakan satu konsesi kecil dalam proses damai yang menemui jalan buntu sejak tentera Myanmar merampas kuasa setahun lalu daripada pemerintah yang dipilih rakyat, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) pimpinan Cik Aung San Suu Kyi. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >