Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nahas Air India: Anak mati terbakar ketika cuba selamatkan ibu berhampiran kawasan pesawat terhempas

Jun 14, 2025 | 1:07 AM
Beginilah keadaan dewan makan asrama di Maktab Perubatan BJ di Ahmedebad yang terjejas teruk apabila sebahagian pesawat Air India terjatuh pada bumbung bangunan asrama berkenaan.
Beginilah keadaan dewan makan asrama di Maktab Perubatan BJ di Ahmedebad yang terjejas teruk apabila sebahagian pesawat Air India terjatuh pada bumbung bangunan asrama berkenaan. - Foto EPA-EFE

Sekumpulan pelajar perubatan sedang menikmati makan tengah hari di asrama Maktab Perubatan BJ di Ahmedebad apabila gegaran kuat kedengaran.

Sebahagian pesawat Air India yang terhempas jatuh pada bumbung asrama pada 12 Jun, lapor agensi berita Reuters.

Pekerja dapur, Encik Thakur Ravi, masih lagi mencari ibunya, seorang tukang masak, dan anak perempuannya yang berusia dua tahun dan dijaga ibunya sewaktu kejadian itu berlaku.

Kali terakhir Encik Thakur melihat mereka ialah sewaktu beliau keluar untuk mengirim bungkusan makanan tengah hari kepada doktor kanan di hospital berdekatan, sejam sebelum nahas pesawat itu berlaku.

“Semua tukang masak di asrama itu dapat melarikan diri mereka, tetapi ibu dan anak saya tertinggal di dapur itu. Saya mencari di sana sini tetapi belum menemui mereka,” jelasnya kepada wartawan.

Sekurang-kurangnya empat mahasiswa dan lima saudara-mara mereka terbunuh dalam nahas itu, jelas seorang doktor, yang merupakan sebahagian daripada persatuan doktor baru di maktab itu kepada Reuters.

Paparan imej ruang makan di asrama itu mengerikan. Kelihatan roda pesawat dan beberapa serpihak pesawat terpacak pada tembok ruang makan asrama itu. Ada juga bahagian pesawat yang tersadai pada bangunan asrama yang rosak teruk.

Bau minyak pesawat yang kuat dikesan di ruang makan itu di kala pihak berkuasa menggunakan kren untuk membersihkan pepohon dan debu yang berkumpul di situ. Sebahagian tembok di tingkat atas asrama itu pula runtuh ke bumi.

Kedengaran pekikan nyaring dan tangisan kuat dari sebuah rumah milik Akash, penduduk Ahmedebad, yang mati terbakar di kala beliau cuba menyelamatkan ibunya yang mengendalikan gerai teh sarbat berhampiran asrama itu.

Ibunya nyaris-nyaris maut selepas pesawat terhempas dan menyebabkan kebakaran berlaku di situ tetapi berjaya menyelamatkan dirinya.

“Anaknya berlari untuk menyelamatkannya tetapi asap berkepul-kepul mengganggu pandangan matanya sehingga dia akhirnya terbakar di depan mata kami,” jelas ibu saudara Akash, Jasi, kepada Reuters.

Ibu Akash mengalami kelecuran pada tubuhnya dan kini sedang menjalani rawatan di hospital. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg