Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nahas Air India: Harapan doktor hidup bersama suami, tiga anak di London tak kesampaian

Jun 13, 2025 | 12:17 PM
Dr Komi Yvas (kanan) yang baru sahaja berhenti kerja daripada sebuah hospital di Udaipur, India, untuk mengikuti suaminya, Dr Pratik Joshi (dua dari kanan) ke London, sempat merakam sekeping gambar swafoto penuh kegembiraan, bersama tiga anak mereka, beberapa jam sebelum nahas tragis pesawat India menimpa mereka.
Dr Komi Yvas (kanan) yang baru sahaja berhenti kerja daripada sebuah hospital di Udaipur, India, untuk mengikuti suaminya, Dr Pratik Joshi (dua dari kanan) ke London, sempat merakam sekeping gambar swafoto penuh kegembiraan, bersama tiga anak mereka, beberapa jam sebelum nahas tragis pesawat India menimpa mereka. - Foto  X/@theskindoctor13

NEW DELHI: Sebuah keluarga yang menaiki penerbangan Air India yang terhempas pada 12 Jun, sempat merakam sekeping gambar swafoto penuh kegembiraan, beberapa jam sebelum nahas tragis menimpa mereka.

Ia gambar kenangan pasangan suami isteri bersama tiga anak kecil mereka yang baru saja hendak memulakan kehidupan baru bersama di United Kingdom (UK).

Mereka kelihatan teruja untuk memulakan kehidupan baru bersama di London, setelah Dr Komi Yvas dikatakan sanggup berhenti kerja sebagai pakar perubatan di sebuah hospital dekat Udaipur, India, semata-mata mahu mengikuti suaminya, Dr Pratik Joshi, di London.

Menurut laporan stesen televisyen tempatan NDTV, Dr Yvas baru saja meletakkan jawatan sebagai doktor di hospital berkenaan, dua hari sebelum pesawat dinaiki keluarga itu ditimpa nasib malang.

Impian untuk hidup bersama dengan tiga anak mereka iaitu Nakul dan Pradyut, pasangan kembar berumur lima tahun dan anak perempuan mereka, Miraya, enam tahun, bagaimanapun tidak kesampaian.

Tiada siapa menyangka detik gembira yang dirakam atas pesawat berkenaan tidak kekal lama ekoran kemalangan yang berlaku.

Pada 12 Jun, semua 242 penumpang dan anak kapal dalam pesawat Air India yang terhempas sejurus setelah berlepas dari bandar Ahmedabad, India, disahkan maut,

Nahas tragis itu membabitkan penerbangan menuju ke London, United Kingdom (UK).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg