Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahas LRT M'sia: Enam penumpang kritikal, siasatan awal temui silap manusia

May 26, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Enam orang kini berada dalam keadaan kritikal menyusuli kemalangan yang melibatkan dua tren LRT yang bertembung di laluan Kelana Jaya malam kelmarin.



Ini sedang satu siasatan awal mendapati bahawa kecuaian manusia telah menyebabkan pelanggaran dua tren itu sehingga menyebabkan puluhan mangsa dikejarkan ke hospital.



"Ia disebabkan oleh kecuaian orang yang memandu kereta api ke arah yang salah," kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dalam satu sidang media maya semalam.



Beliau menambah, enam orang yang berada dalam kritikal itu merupakan antara 65 mangsa yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).



Lagi 15 mangsa pula berada dalam keadaan separuh kritikal.



Datuk Wee turut memaklumkan bantuan khas sebanyak RM1,000 ($320) akan diberikan kepada 213 mangsa yang terbabit kemalangan itu. Pengerusi Prasarana Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata pihaknya juga akan menanggung kos perubatan mangsa yang menerima rawatan di hospital.



Siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa Malaysia.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >