Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahas LRT M'sia: Sebab lain dipertimbang, Tajuddin dipecat

May 27, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) Malaysia menjelaskan bahawa tanggapan bahawa "kesilapan manusia" menyebabkan kemalangan dua kereta api LRT di laluan Kelana Jaya, adalah kurang tepat.



Menteri MOT Datuk Seri Wee Ka Siong berkata 'faktor manusia' hanyalah aspek tunggal dalam siasatan dijalankan bagi kejadian itu yang berlaku Isnin lalu, dan ia perlu mempertimbangkan keseluruhan komponen teknikal dan operasi.



Beliau berkata jawatankuasa siasatan peringkat menteri seramai sembilan orang yang diketuai oleh setiausaha agung kementerian Datuk Isham Ishak dan pakar dalam hal itu telah mula mengkaji pelbagai aspek kejadian tersebut di mana faktor manusia hanya satu.



"Kami juga ingin mengingatkan orang ramai bahawa pemandu kereta api yang terlibat dalam kejadian itu diuji negatif dadah.



"Oleh itu, orang ini mesti diberi kesempatan untuk memberikan keterangan untuk menyelaras siasatan tanpa membuat keputusan awal," ujarnya.



Oleh itu, Datuk Wee menyatakan orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi dan membolehkan siasatan dijalankan dan tidak terganggu oleh penilaian awal di media dan media sosial.



Mengenai keadaan mangsa, Datuk Wee menyatakan bahawa beliau diberi taklimat oleh pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Dr Heric Corray mengenai keadaan mangsa yang berada di bawah jagaan mereka semasa lawatannya dengan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.



Seramai 67 individu dirawat di HKL dan dari jumlah itu, 61 telah keluar dari hospital.



"Pada masa ini, enam individu masih ditahan dengan tiga orang dalam penjagaan kritikal," katanya.



Dalam sidang akhbar kelmarin, Datuk Wee memberitahu dapatan awal punca kemalangan dua kereta api dikenal pasti disebabkan kecuaian pemandu gerabak salah satu kereta api yang memandu dalam arah yang salah.



Keretapi bernombor 40 (TR40) iaitu gerabak kosong sepatutnya bergerak ke arah selatan menuju ke stesen Dang Wangi tetapi didapati bergerak ke arah utara sekali gus mengakibatkan pelanggaran dengan TR81 yang membawa 213 penumpang.



Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dipecat sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Bhd, berkuat kuasa serta-merta.



Dalam surat kepada Pengarah Pilihan Raya Umno itu bertarikh 26 Mei, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Tajuddin atas perkhidmatannya.



Tajuddin dilantik sebagai pengerusi Prasarana pada 11 Mei tahun lalu.



Jurucakap Kementerian Kewangan mengesahkan kesahihan surat tersebut.



Warga Malaysia melahirkan rasa kecewa selepas beliau berseloroh dan tidak menunjukkan empati di sidang media yang diadakan selepas nahas kereta api LRT di Kuala Lumpur. - NST, Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >