Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahas pesawat di M’sia: Sekurang-kurangnya 10 maut, termasuk pengguna jalan raya

Aug 17, 2023 | 06:59 PM



SHAH ALAM: Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas di Perbandaran Elmina, di sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai dan Exco Pahang, Datuk Seri Johari Harun, antara yang terkorban dalam nahas pesawat itu.

Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, mengesahkan perkara itu di laman Facebook pada Khamis.

Ketua Polis Selangor, Pesuruhjaya atuk Hussein Omar Khan, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 2.40 petang Khamis.

“Pesawat yang berlepas dari Langkawi itu dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, apabila terputus komunikasi dengan menara kawalan.

“Pesawat itu merempuh jalan raya di sini, dan melanggar sebuah kereta dan motosikal.

“Berdasarkan pemeriksaan kami, sekurang-kurangnya dua anak kapal dan enam penumpang berada di dalam penerbangan itu. Kesemua mereka maut di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Lapor akhbar The Star.


Beliau berkata pemandu kereta dan penunggang motosikal maut akibat dilanggar.

“Kami masih belum dapat memastikan sama ada terdapat lebih ramai orang di dalam kereta itu.

“Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat

Beberapa gambar dan video telah menjadi viral mengenai serpihan terbakar bangkai pesawat itu di atas jalan di situ.

Pesawat itu dipercayai jenis Beechcraft Premier I, sebuah pesawat jet perniagaan ringan.


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melawat lokasi di Perbandaran Elmina di sini.

Beliau tiba kira-kira 5.30 petang dan diiringi Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan Ketua Polis Selangor, Pesuruhjaya Datuk Hussein Omar Khan.

Tapak pesawat terhempas - Perbandaran Elmina di Shah Alam itu juga merupakan tapak satu lagi nahas udara pada tahun 1977.

Pada 27 September 1977, sebuah pesawat McDonnell Douglas dari Japan Airlines, Penerbangan 715, turut terhempas di tapak itu - kemudian dikenali sebagai Elmina Estate - kira-kira 6km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang, dahulu dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.


Pada masa itu tapak tersebut merupakan ladang getah.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kai Tak di Hong Kong ke Subang.

Nahas itu mengorbankan 34 orang daripada 79 orang dalam pesawat itu. Terdapat 43 orang yang terselamat.

Pesawat itu telah melanggar bukit 91m semasa ribut petir. - Agensi Berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >