Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Naib menteri Indonesia letak jawatan ekoran tuduhan rasuah

Dec 8, 2023 | 11:39 AM
CABAR STATUS SUSPEK RASUAH: Encik Edward Omar Sharif Hiariej telah mengemukakan usul undang-undang kepada Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, mencabar kedudukannya sebagai suspek kes rasuah.
CABAR STATUS SUSPEK RASUAH: Encik Edward Omar Sharif Hiariej telah mengemukakan usul undang-undang kepada Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, mencabar kedudukannya sebagai suspek kes rasuah. - Foto FACEBOOK PROFESSOR EDDY O.S HIARIEJ 

JAKARTA: Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo menerima peletakan jawatan Naib Menteri Kehakiman, Encik Edward Omar Sharief, yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) sebagai suspek.

Encik Edward menyerahkan surat peletakan jawatannya pada 4 Disember, tetapi ketika itu Encik Jokowi sedang melakukan kunjungan antara pulau, menurut satu laporan Jakarta Globe.

“Siang tadi, Presiden menerima surat peletakan jawatan dan menandatangani dekri yang menyatakan bahawa Encik Edward bukan lagi naib menteri kehakiman, berkuat kuasa hari ini,” kata Encik Ari Dwipayana, penyelaras kakitangan pakar bagi presiden pada 7 Disember.

Presiden Jokowi enggan mengulas mengenai kes itu apabila ditanya wartawan baru-baru ini, dan beliau memberitahu mereka supaya mendapatkan maklumat langsung daripada KPK.

Encik Edward didakwa menerima rasuah, tetapi KPK tidak mendedahkan butiran siasatan yang sedang dijalankan.

Beliau telah mengemukakan usul undang-undang kepada Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, mencabar kedudukannya sebagai suspek rasuah.

Walaupun KPK tidak mendedahkan butiran khusus kes rasuah itu, seorang jurucakap berkata Encik Edward pada mulanya terlibat sebagai saksi dalam siasatan dakwaan rasuah dalam Kementerian Kehakiman.

Namun, pemfailan usul undang-undang itu mengesahkan Encik Edward sekarang menghadapi pertuduhan rasuah, walaupun beliau belum ditahan.

Encik Edward, seorang bekas profesor undang-undang di Universiti Gadjah Mada, hanya menutup mulut apabila disoal oleh ramai wartawan berhubung kesnya, selepas soal siasat di bangunan KPK pada Isnin.

Tambahan pula beliau, bersama dua ahli perniagaan yang tidak didedahkan dan seorang peguam, telah dikenakan larangan perjalanan sejak 29 November selama enam bulan, untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Penyiasatan KPK bermula menyusuli satu laporan sebuah pertubuhan bukan pemerintah yang mendakwa pembayaran Rp7 bilion ($452,000) kepada Encik Edward. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg