Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Najib dimasukkan ke hospital, perbicaraan 1MDB ditangguh

Sep 10, 2024 | 4:07 PM
Akibat dimasukkan ke hospital kerana sakit lutut akut, perbicaraan kes 1MDB melibatkan mantan perdana menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak, ditangguhkan selama dua hari.
Akibat dimasukkan ke hospital kerana sakit lutut akut, perbicaraan kes 1MDB melibatkan mantan perdana menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak, ditangguhkan selama dua hari. - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan mantan perdana menteri Encik Najib Tun Razak ditangguhkan selama dua hari kerana beliau telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur mulai 9 Sept kerana sakit lutut akut.

Perunding kanan ortopedik hospital itu, Dr Siti Hawa Tahir memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Jabatan Penjara telah merujuk Encik Najib kepadanya berikutan aduan sakit akut di lutut kanannya.

Beliau berkata Encik Najib, yang berusia 71 tahun itu, “diberikan sijil cuti sakit dua hari” dan diberikan “analgesik yang kuat untuk kesakitannya”.

Beliau juga memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah, yang merupakan ketua hakim dalam perbicaraan 1MDB Encik Najib, pada 10 September bahawa Encik Najib kini “menggunakan opioid dan kami mahu beliau boleh berjalan dengan selesa tanpa komplikasi lain”.

Dr Siti Hawa, yang telah berkhidmat selama lebih 30 tahun, berkata opioid – ubat penahan sakit – bertindak ke atas otak dan Encik Najib mengalami aduan mengantuk sejak beliau diberi ubat pada malam 9 September.

“Mungkin ada simptom lain juga, tetapi saya tidak melihatnya pagi ini,” kata Dr Siti Hawa ketika memberi keterangan di kandang saksi.

Perbicaraan 1MDB Encik Najib telah ditangguhkan beberapa kali sebelum ini kerana pelbagai masalah kesihatan yang dihadapinya.

Perbicaraan itu ditangguhkan sekali pada September 2019 apabila beliau mengalami jangkitan mata, dan sekali lagi pada Oktober 2019, apabila beliau terus mempunyai isu berkaitan mata.

Pada September 2022, perbicaraan itu ditangguhkan kerana Encik Najib sedang bercuti sakit selepas mengalami tekanan darah tinggi dan dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit tersebut.

Pada Mei 2023, perbicaraan ditangguhkan kerana Encik Najib sedang bercuti sakit selama tiga hari kerana cirit-birit. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg