Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib dimasukkan ke hospital, perbicaraan 1MDB ditangguh

Sep 14, 2022 | 05:32 AM



KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Malaysia Encik Najib Tun Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Isnin kerana tekanan darah, menyebabkan perbicaraan rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan.



"Najib jatuh sakit. Dia dimasukkan ke wad HKL," kata peguamnya, Encik Muhammad Shafee Abdullah, dipetik sebagai berkata oleh laman berita Malaysiakini.



Encik Shafee berkata Najib perlu menjalani beberapa ujian kesihatan dalam beberapa hari akan datang dan mungkin dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).



Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin bagaimanapun berkata Najib tidak akan dipindahkan ke IJN, sebuah hospital swasta milik kerajaan, kerana ini bukan protokol standard untuk banduan.



"Prosedurnya ialah merujuk banduan ke hospital kerajaan. Dan dalam kes Najib, ketua pengarah Kementerian Kesihatan Noor Hisham Abdullah memutuskan bahawa dia (Najib) dihantar ke Hospital Kuala Lumpur," kata Encik Khairy, lapor media Sinar Harian.



Menurut Encik Shafee, ahli parlimen Pekan itu perlu melalui beberapa ujian kesihatan dalam beberapa hari akan datang untuk memastikan keadaannya.



Encik Shafee berkata beliau tidak mendapat arahan daripada anak guamnya kerana tidak dibenarkan melawat Najib di HKL, dan oleh itu beliau memohon perbicaraan ditangguhkan.



Timbalan Pendakwa Raya Encik Mohamad Mustaffa P Kunyalam tidak membantah penangguhan itu.



Hakim Collin Lawrence Sequerah kemudian menangguhkan prosiding ke petang ini untuk mahkamah dikemas kini mengenai situasi itu.



Encik Najib, 69 tahun, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.28 bilion (S$706 juta) daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - The Star/Asia News Network, ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >