Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib kemuka permohonan agar keputusan mahkamah disemak

Hujah dinafi kebebasan asasi kerana kes rayuan diputus tanpa peguamnya kemuka hujahan dek tidak bersedia
Sep 08, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak telah mengemukakan permohonan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ($65.5 juta) yang dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.



Mantan perdana menteri Malaysia itu, yang memfailkan permohonan notis usul melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co, memohon kebenaran membuat semakan terhadap keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos.



Menerusi permohonan itu, beliau memohon perintah supaya keputusan rayuan utamanya diketepikan dan beliau dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.



Secara alternatif, Ahli Parlimen Pekan itu memohon rayuan tersebut didengar korum Mahkamah Persekutuan lain yang mengandungi tidak kurang tujuh hakim Mahkamah Persekutuan atau jumlah yang difikirkan wajar oleh mahkamah.



Beliau, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang, turut memohon hukuman ke atasnya itu ditangguhkan sementara menunggu pendengaran permohonan semakan.



Datuk Najib berkata beliau benar-benar percaya keputusan Mahkamah Persekutuan itu perlu disemak.



"Saya benar-benar percaya dan dinasihatkan peguam bahawa keputusan ini perlu disemak kerana saya dinafikan kebebasan asasi yang dijamin Perlembagaan Persekutuan melalui prinsip perbicaraan adil," katanya.



Beliau memberi alasan bahawa rayuan akhirnya diputuskan walaupun peguamnya tidak mengemukakan hujahan sama sekali kerana tidak bersedia.



Datuk Najib berkata dengan tidak membenarkan peguamnya menangguhkan prosiding dan diberikan tempoh masa munasabah untuk melakukan persediaan, Ketua Hakim Negara mengarahkan ia diteruskan dengan hanya peguam responden berhujah.



"Ia seakan-akan hampir menyamai prosiding sebelah pihak. Saya benar-benar percaya dan dinasihatkan oleh peguam saya bahawa mahkamah ada bidang kuasa sedia ada untuk membenarkan penangguhan sabitan dan hukuman saya apabila memfailkan permohonan ini," katanya.



Datuk Najib antara lain memohon untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya untuk memasukkan bukti baru berkaitan hakim perbicaraan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, dan membatalkan perbicaraan kes itu.



Begitu juga mahu menyemak keputusan mahkamah yang menolak permohonan peguamnya untuk menangguhkan prosiding dan supaya Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya.



Sementara itu, status Datuk Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan kekal buat masa ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, kerana beliau sudah memfailkan petisyen pengampunan Jumaat lalu.



Beliau berkata petisyen pengampunan itu difailkan dalam tempoh 14 hari, sekali gus status Datuk Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan hanya akan ditentukan selepas proses pengampunan selesai.



Tan Sri Azhar berkata Datuk Najib akan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen Pekan hanya sekiranya permohonan pengampunan diraja itu ditolak. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >