Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Naratif kaum, agama kuasai media sosial pada PRU15 M’sia

May 31, 2023 | 03:08 PM



KUALA LUMPUR: Hantaran berkisar naratif kaum dan agama yang menyinggung perasaan serta diskriminasi dicetuskan ahli politik, menguasai platform media sosial utama di negara ini semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Ia antara analisis dan dapatan utama kajian Pemantauan Media Sosial Pada PRU15 oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dengan kerjasama Universiti Nottingham Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Kajian dilaksanakan antara 20 Oktober hingga 26 November tahun lalu itu bermula apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh PRU15 sehingga beberapa hari selepas pilihan raya itu selesai dilaksanakan.

Dalam tempoh berkenaan, sejumlah 97 pihak dipantau, merangkumi 49 ahli politik pelbagai parti, 13 parti politik, 16 organisasi media, tiga agensi kerajaan selain komen netizen di empat platform media sosial iaitu Facebook, Twitter, YouTube dan TikTok.

Pemantauan membabitkan lima isu iaitu kaum, agama, institusi diraja, jantina dan LGBTIQ (lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik) serta warga asing, yang diasingkan mengikut tahap parah.

Menurut kajian berkenaan, daripada 117,152 hantaran yang dimuat naik di empat platform itu, 66,933 menyentuh isu kaum, manakala 24,484 membabitkan isu agama dengan ahli politik dikesan sebagai pelaku utama yang menyumbang kepada naratif kaum.

Sebanyak 75,985 hantaran kaum dan agama dikategorikan parah tahap pertama, diikuti 15,369 hantaran parah tahap kedua yang merangkumi kandungan menyinggung perasaan dan diskriminasi.

Sebanyak 55 hantaran kategori tahap parah ketiga (tidak berperikemanusiaan dan mencetus permusuhan) serta lapan hantaran tahap empat (hasutan dan keganasan).

Menyentuh isu kaum, kajian mendapati beberapa hantaran mengangkat sentimen anti-Cina dan ketuanan Melayu serta ancaman peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Antara hantaran membabitkan kaum dimuat naik oleh Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang memainkan sentimen komunis dan ateis terhadap Parti Tindakan Demokratik (DAP), sekali gus menarik ribuan komen berbaur perkauman daripada netizen.

“Daripada semua isu yang dipantau, hantaran mengandungi isu kaum adalah yang paling banyak pada tahap parah tinggi, dengan 53 hantaran tahap tiga (tertinggi) dan empat hantaran tahap empat.

“Video di TikTok berkaitan tragedi 13 Mei yang dimuat naik sekitar 19 November tahun lalu iaitu dekat dengan hari keputusan pilihan raya diumumkan, memberi pengaruh besar melalui perkongsian dan ulangan.

“Beberapa pengguna muda TikTok yang berkongsi kandungan 13 Mei membawa label perkongsian berbayar, sekali gus menjadi bukti bahawa kandungan mereka ditaja walaupun tidak diketahui siapa penajanya,” jelas kajian itu, lapor Berita Harian Malaysia.


Mengulas mengenainya, Pengarah Eksekutif CIJ, Cik Wathshlah Naidu, berkata jumlah hantaran tahap dua, tiga dan empat adalah membimbangkan kerana pengguna dilihat cenderung menulis komen di media sosial yang menyinggung perasaan.

“Apa yang merisaukan bagaimana kandungan tahap dua berbaur rasis, stereotaip dan berat sebelah semakin dinormalisasikan, seolah-olah tiada masalah untuk melabel wanita gemuk, memanggil parti seperti DAP sebagai ‘babi’ dan seumpamanya.

“Ada banyak hantaran berbaur perkauman, selain yang menggelar ahli politik wanita dengan panggilan kurang menyenangkan,” katanya pada sidang media pelancaran hasil laporan kajian berkenaan pada Selasa.

Sehubungan itu, CIJ mencadangkan agar kerajaan mewujudkan suruhanjaya bebas untuk mengkaji punca penyebaran naratif bahaya dan ucapan kebencian di media sosial serta menanganinya dengan berkesan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >