Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nasa tangguh lagi pendaratan angkasawan ke bulan hingga 2026

Jan 10, 2024 | 02:02 PM



WASHINGTON: Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat pada 9 Januari menangguhkan lagi program penerbangan angkasawan ke bulan Artemis-nya kepada sehingga 2026.


Misi pertamanya dalam masa setengah abad itu ditangguhkan, sementara kapal angkasa SpaceX, milik Encik Elon Musk, Lockheed Martin dan kontraktor lain, menghadapi cabaran pembangunan.


Dua misi Artemis pertama Nasa yang melibatkan angkasawan masing-masing telah ditunda hampir setahun “untuk memberi pasukan Artemis lebih banyak masa bagi mengatasi cabaran itu,” kata pentadbir Nasa, Encik Bill Nelson, kepada pemberita dalam sidang akhbar.


Artemis 3, yang akan melakukan pendaratan pertama di bulan di bawah program menggunakan SpaceX’s Starship, kini dijadualkan pada September 2026.


Sebelum ini, ia dirancang pada akhir 2025, kata Nasa.

Pendahulu kepada misi pendaratan bulan itu, Artemis 2 juga ditangguhkan, kini dirancang untuk September 2025, kata Nasa.


Artemis 2 melibatkan empat angkasawan menerbangkan kapsul Orion yang dibina Lockheed, bagi mengelilingi bulan.


Agensi berita Reuters melaporkan pada 8 Januari tentang kelewatan misi penerbangan ke bulan itu yang tidak dapat dielakkan.


Jadual baru itu “membuktikan cabaran pembangunan yang sangat nyata, yang telah dialami rakan kongsi industri kami,” kata Encik Amit Kshatriya, ketua strategi penerokaan bulan dan Marikh Nasa.

Penerbangan angkasawan Nasa ke bulan akan menjadi penyampai antara pelbagai kapal angkasa di ruang angkasa.


Pada mulanya ia melancarkan kapal angkasa Earth yang dibawa Orion, kemudian dipindahkan ke ruang angkasa ke sistem Starship SpaceX, untuk dilanjutkan ke permukaan bulan.


Orion kali pertama dilancarkan ke angkasa lepas pada 2022, tanpa penumpang dalam misi Artemis 1 Nasa, yang menandakan penerbangan pertama roket berkuasa tinggi Sistem Pelancaran Angkasa agensi itu.


SpaceX, walaupun telah melancarkan ujian Starship dari Texas, masih menghadapi senarai tugasan yang panjang, sebelum kapal itu mendarat angkasawan di bulan.


Ia mesti menunjukkan kemampuan mendarat dan mengisi minyak ke Kapal Starship, ‘kapal tangki’ lain di angkasa lepas.


Ini adalah proses yang wujud dalam reka bentuknya, dalam mengangkut angkasawan ke mana-mana di luar orbit Bumi.


Encik Kshatriya menyifatkan pencapaian itu sebagai “amat mencabar.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >