Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nasa temui air, karbon dalam sampel asteroid yang berusia 4.5b tahun

Oct 12, 2023 | 2:46 PM
DEDAH PENEMUAN: Pegawai Nasa, Encik Bill Nelson, dalam sidang akhbar di Pusat Angkasa Johnson di Houston, Texas, pada 11 Oktober, mendedahkan bahawa sampel yang dikumpul daripada asteroid Bennu berusia 4.5 bilion tahun mengandungi air dan karbon.
DEDAH PENEMUAN: Pegawai Nasa, Encik Bill Nelson, dalam sidang akhbar di Pusat Angkasa Johnson di Houston, Texas, pada 11 Oktober, mendedahkan bahawa sampel yang dikumpul daripada asteroid Bennu berusia 4.5 bilion tahun mengandungi air dan karbon. - Foto AFP

TEXAS: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) mendedahkan bahawa sampel asteroid Bennu, yang dikumpulkan dan dibawa kembali ke bumi pada September, mengandungi unsur-unsur penting seperti air, karbon dan bahan organik.

Pegawai Nasa, Encik Bill Nelson, berkata penemuan ini adalah penting kerana ia menunjukkan bahawa asteroid berusia 4.5 bilion tahun itu mempunyai unsur-unsur yang diperlukan dan membawa kepada pembangunan kehidupan berasaskan karbon.

Bercakap di Pusat Angkasa Johnson di Houston, di mana imej pertama habuk hitam dan kerikil didedahkan, Encik Nelson berkata penemuan ini dapat membawa kepada pemahaman lebih mendalam tentang asal usul dan perkembangan kehidupan di luar planet bumi.

Ia adalah sampel asteroid ketiga dan setakat ini yang terbesar pernah dibawa kembali ke bumi untuk dianalisis, selepas dua misi serupa oleh agensi angkasa Jepun yang berakhir pada 2010 dan 2020.

Bahan dikumpul kapal angkasa OSRIS-REx dari asteroid Bennu yang terletak berhampiran bumi, tiga tahun lalu, didedahkan di Pusat Angkasa Johnston Nasa di Houston, lebih dua minggu selepas ia mendarat di Utah. Berat sampel Bennu dianggarkan kira-kira 100 hingga 250 gram, ketika ia mendarat.

“Ini adalah sampel asteroid kaya karbon terbesar yang pernah dikembalikan ke Bumi,” kata Encik Nelson.

Katanya, karbon menyumbang hampir 5 peratus daripada jumlah berat sampel, dan terdapat dalam kedua-dua bentuk organik dan mineral, manakala air di dalam struktur kristal mineral tanah liat.

Bennu adalah peninggalan sistem suria awal, namun kimia dan mineralogi terkini hampir tidak berubah sejak terbentuk kira-kira 4.5 bilion tahun lalu, selain memiliki petunjuk mengenai kewujudan dan perkembangan planet berbatu seperti bumi serta kemungkinan evolusi kehidupan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg