Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Nasib kelasi kapal selam Indo yang hilang kian pudar

Serpihan dipercayai dari kapal selam telah ditemui; kapal selam mungkin sudah tenggelam
Apr 25, 2021 | 05:30 AM



BALI: Harapan menyelamatkan 53 kelasi kapal selam tentera Indonesia KRI Nanggala 402 yang hilang semakin pudar susulan bekalan oksigen dipercayai sudah kehabisan.



Semalam, penyelamat telah menemui serpihan yang dipercayai berasal dari kapal selam itu perairan Bali, kata Komander Angkatan Bersenjata Indonesia Hadi Tjahjanto pada taklimat media.



"Kami mendapati tumpahan minyak dan puing-puing sebagai bukti sahih ... bahawa kapal selam itu tenggelam," kata Ketua Marsyal Hadi.



Ketika ratusan anggota tentera dikerah terbabit dalam pencarian KRI Nanggala 402, pihak berkuasa memaklumkan kapal selam buatan Jerman itu hanya memiliki bekalan oksigen untuk tiga hari selepas terputus hubungan sejak Rabu lalu.



Bagaimanapun, tempoh tiga hari itu berakhir awal semalam, manakala kapal selam yang membawa 53 kelasi itu masih belum ditemui.



Kapal selam itu, yang juga satu daripada lima yang dimiliki tentera Indonesia, hilang Rabu lalu semasa menjalani latihan ketenteraan menggunakan torpedo di perairan Bali.



Menurut pihak berkuasa, KRI Nanggala 402 yang telah pun menjalani beberapa naik taraf sebelum ini menyertai latihan tentera laut di pesisir pantai Bali ketika ia meminta kebenaran untuk menyelam sebelum terputus hubungan.



Meskipun banyak pihak mengharapkan keajaiban dalam misi mencari dan menyelamat itu, kesan tumpahan minyak di kawasan di mana kapal selam itu dipercayai hilang menggambarkan kemungkinan berlaku kerosakan tangki minyak, dan mungkin menyebabkan insiden yang lebih buruk.



Kapal selam itu dikatakan terputus hubungan ketika berada di paras 700 meter di dasar laut, iaitu melebihi keupayaannya untuk bertahan terhadap tekanan persekitaran.



Pihak berkuasa Indonesia belum memaklumkan sebarang kemungkinan yang menyebabkan kehilangan kapal selam itu, atau mengulas mengenai persoalan sama ada aset berusia puluhan tahun itu membawa muatan berlebihan.



Negara jiran Singapura, Malaysia serta Amerika Syarikat dan Australia adalah antara negara yang menghulurkan bantuan dalam operasi mencari dengan hampir 24 kapal perang dikerah bagi operasi itu yang meliputi kawasan seluas 34 kilometer persegi.



Khamis lalu, tentera Indonesia memaklumkan mengesan objek dengan daya magnetisme tinggi pada kedalaman antara 50 dan 100 meter, yang mencetus harapan penemuan kapal selam itu.



KRI Nanggala 402 seberat 1,300 tan jenis 209 diesel-elektrik adalah kapal selam penyerang yang dibina pada 1978 dan diserahkan kepada Indonesia pada Oktober 1981.



Aset itu pernah dibaik pulih pada tahun 1989 di Jerman dan kemudian pada 2012 di Korea Selatan, dengan strukturnya diganti serta dinaiktaraf ke atas sistem penggerak, sonar dan senjata.



Isteri kepada salah seorang kelasi kapal selam tersebut, Cik Berda Asmara berkata kali terakhir beliau berhubung dengan suaminya, Encik Guntur Ari Prasetyo, adalah melalui panggilan video Isnin lalu sebelum beliau ke kerja.



Encik Guntur telah berkhidmat sebagai kelasi kapal selam itu selama 10 tahun.



"Kami berbual melalui panggilan video. Beliau beritahu saya yang dia akan ke laut dan meminta saya doakan.



"Saya harap mereka akan ditemui masih hidup," katanya.



Kapal selam tersebut sedang membuat rondaan di kawasan Perairan Barents apabila ia tenggelam bersama 118 kelasi kapal. Siasatan menunjukkan salah satu torpedo meledak langsung menyebabkan letupan besar. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >