Topic followed successfully
Go to BHkuNegara Arab, Eropah harap gencatan senjata Lebanon-Israel bawa damai yang kekal
Negara Arab, Eropah harap gencatan senjata Lebanon-Israel bawa damai yang kekal
Apr 17, 2026 | 12:58 PM
Negara Arab, Eropah harap gencatan senjata Lebanon-Israel bawa damai yang kekal
Sebuah kenderaan yang membawa penduduk dipindahkan bergerak menuju ke kediaman mereka ketika mereka mula pulang selepas gencatan senjata selama 10 hari antara Lebanon dengan Israel berkuat kuasa, di pinggir selatan Beirut, Lebanon, pada 17 April. - Foto REUTERS
BEIRUT: Beberapa negara Arab termasuk Syria, Jordan, Arab Saudi dan Oman menyambut baik gencatan senjata selama 10 hari antara Lebanon dengan Israel yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, sambil menegaskan sokongan terhadap kedaulatan negara Lebanon dan keperluan mengehadkan senjata kepada institusi rasmi pemerintah.
Pemimpin Eropah turut mengalu-alukan perkembangan itu, dengan menegaskan kepentingan menjadikannya sebagai langkah awal ke arah keamanan yang berkekalan di rantau tersebut.
Laporan berkaitan
Harapan keamanan Timur Tengah makin cerah, Israel bincang gencatan senjata LebanonApr 16, 2026 | 5:52 PM
AS umum komitmen Israel-Lebanon untuk teruskan rundingan damai Apr 15, 2026 | 10:42 AM

