Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Negara Palestin perlu wujud demi hurai keselamatan Israel: AS

Jan 19, 2024 | 03:09 PM



WASHINGTON: “Tiada cara” untuk menyelesaikan cabaran keselamatan jangka panjang Israel di Timur Tengah dan cabaran jangka pendek untuk membina semula Gaza tanpa penubuhan satu negara Palestin, kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Encik Matthew Miller, pada 18 Januari.


Beliau memberitahu pemberita bahawa Tel Aviv mempunyai peluang sekarang kerana negara-negara di rantau itu bersedia memberi jaminan keselamatan kepada Israel.

“Tetapi tidak ada cara untuk menyelesaikan cabaran jangka panjang untuk menyediakan keselamatan yang berkekalan dan tidak ada cara untuk menyelesaikan cabaran jangka pendek untuk membina semula Gaza dan mewujudkan tadbir urus di Gaza serta menyediakan keselamatan untuk Gaza tanpa penubuhan satu negara Palestin,” ujar Encik Miller.

Komen itu dibuat selepas Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata dalam satu sidang akhbar bahawa beliau telah memberitahu Washington bahawa pihaknya membantah apa bentuk negara Palestin yang tidak menjamin keselamatan Israel.

“Saya menjelaskan bahawa dalam sebarang pengaturan pada masa hadapan, dengan persetujuan atau tanpa persetujuan, Israel mesti mempunyai kawalan keselamatan ke atas seluruh di kawasan barat Sungai Jordan.

“Itu syarat yang perlu dipenuhi. Ia bercanggah dengan prinsip kedaulatan sebuah negara tetapi apa yang boleh anda lakukan,” kata Encik Netanyahu di Tel Aviv.

Beliau menambah bahawa ketiadaan kenegaraan Palestin tidak menghalang perjanjian pemulihan hubungan dengan negara Arab beberapa tahun lalu dan beliau masih berhasrat untuk menarik lebih banyak negara untuk menyertai perjanjian tersebut.

Israel dan penyokong terbesarnya Amerika kelihatan berselisih, dengan Encik Netanyahu dan pemerintah gabungan sayap kanannya yang sebahagian besarnya menolak penubuhan sebuah negara Palestin walaupun Washington berpendapat penyelesaian dua negara adalah jalan terbaik untuk membawa keamanan berkekalan ke rantau itu.

Setiausaha Negara Amerika, Encik Anthony Blinken, dalam lawatan keempatnya ke Timur Tengah minggu lalu sejak serangan 7 Oktober oleh Hamas, mengajukan persetujuan asas kepada Israel – negara-negara jiran Tel Aviv yang kebanyakannya Muslim akan membantu memulihkan Gaza selepas perang dan meneruskan integrasi ekonomi dengan Israel, tetapi hanya jika Israel komited kepada pembentukan negara Palestin yang merdeka.

Perang meletus apabila militan Hamas menggempur selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang dan menahan 240 yang lain sebagai tebusan.

Tindakan balas Israel – pengeboman dan serangan darat berterusan – telah membunuh lebih 24,000 rakyat Palestin setakat ini, menurut pegawai kesihatan Gaza. – Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >