Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Negara penderma beri isyarat kembali sokong dana UNRWA

Feb 01, 2024 | 02:09 PM



NEW YORK: Selepas beberapa hari mengkritik Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin (UNRWA), negara penderma memberi isyarat terus menyokong organisasi itu di bawah keadaan yang betul dan menekankan peranan pentingnya dalam menyampaikan bantuan kepada manga peperangan di Jaluran Gaza.


Sekurang-kurangnya 12 negara, termasuk Amerika Syarikat dan Jerman, dua penderma terbesar, telah menggantung pembiayaan buat sementara waktu selepas pemerintah Israel mengedarkan dakwaan bahawa pekerja agensi mengambil bahagian dalam serangan Hamas pada 7 Oktober.

Duta Amerika ke PBB, Cik Linda Thomas-Greenfield, menegaskan pada 31 Januari bahawa pembiayaan itu digantung sementara dan memuji kerja agensi itu dalam membantu pelarian Palestin.

“Kami tahu bahawa agensi ini menyediakan perkhidmatan menyelamatkan nyawa dalam keadaan yang sangat mencabar di Gaza dan ia menyumbang kepada kestabilan dan keselamatan serantau,” kata Cik Thomas-Greenfield pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.

“Atas sebab ini, dan demi berjuta-juta orang awam Palestin yang bergantung kepada perkhidmatan UNRWA, adalah penting bagi PBB mengambil tindakan segera dan tegas untuk mempertanggungjawabkan sesiapa yang bersalah atas tindakan keji dan untuk mengukuhkan pengawasan terhadap operasi UNRWA dan mula memulihkan keyakinan penderma,” tegas beliau.

Israel menuduh 12 kakitangan PBB menyertai serangan 7 Oktober, dengan seorang dikatakan telah menculik seorang wanita dan seorang lagi telah mengambil bahagian dalam pembunuhan beramai-ramai di Kibbutz di mana 97 orang mati. Sembilan daripada 12 pekerja telah dipecat, kata agensi itu.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata:

“Masanya telah tiba untuk masyarakat antarabangsa dan PBB sendiri memahami bahawa misi UNRWA mesti ditamatkan.”

Tenteranya melakukan lebih banyak serangan udara di Gaza di tengah-tengah usaha diplomatik untuk gencatan senjata dan pembebasan tebusan di kawasan itu

Namun, beberapa pemimpin tentera Israel berkata mereka bimbang, tanpa UNRWA, tanggungjawab untuk mengagihkan bantuan di Gaza berkemungkinan akan terpaksa dipikul oleh pemerintah Israel, walaupun Encik Netanyahu mencadangkan agar agensi dan kumpulan bantuan PBB yang lain boleh mengambil alih.

Washington, yang menyatakan ia penderma terbesar kepada agensi itu, dengan bantuan AS$131 juta ($175 juta) kepada UNRWA sejak Oktober, berkata ia ‘sangat menyokong’ kerja agensi itu.

“Tiada pertubuhan kemanusiaan lain di Gaza yang boleh menyediakan makanan dan air serta ubat pada skala yang UNRWA lakukan dan kami mahu melihat kerja itu diteruskan.

“Itulah sebabnya sangat penting bagi PBB memandang serius perkara ini dan menyiasat, menunjukkan terdapat kebertanggungjawaban bagi sesiapa saja yang didapati terbabit dalam salah laku,” kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Matthew Miller. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >