Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Netanyahu ancam tutup sementara pejabat Al Jazeera di Israel

Apr 2, 2024 | 12:11 PM
Israel menuduh stesen televisyen satelit Qatar, Al Jazeera, mencetuskan penentangan terhadapnya dalam kalangan penonton Arab dan dikatakan lantang mengkritik operasi ketenteraan Israel di Gaza
Israel menuduh stesen televisyen satelit Qatar, Al Jazeera, mencetuskan penentangan terhadapnya dalam kalangan penonton Arab dan dikatakan lantang mengkritik operasi ketenteraan Israel di Gaza - Foto EPA-EFE

BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berjanji pada 1 April untuk menutup pejabat tempatan stesen televisyen satelit Qatar, Al Jazeera, sedang perang di Gaza berterusan.

Beberapa jam selepas jurucakap partinya berkata Parlimen akan bersidang untuk meratifikasi undang-undang yang diperlukan, Knesset (Parlimen) meluluskan rang undang-undang yang membenarkan penutupan sementara di Israel bagi penyiar asing yang dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Undang-undang yang diluluskan pada 1 April itu membolehkan Encik Netanyahu dan kabinet keselamatannya menutup stesen itu selama 45 hari, yang boleh diperbaharui dan akan terus berkuat kuasa sehingga akhir Julai atau sehingga tamat operasi ketenteraan utama di Gaza.

Al Jazeera menolak tuduhan bahawa ia memudaratkan keselamatan Israel sebagai “pembohongan yang berbahaya dan tidak masuk akal”.

Stesen itu, yang lantang mengkritik operasi ketenteraan Israel di Gaza, sebelum ini menuduh Israel secara sistematik menyasarkan pejabat dan kakitangannya.

Menteri Perhubungan, Encik Shlomo Karai, menuduh Al Jazeera menggalakkan permusuhan terhadap Israel dengan berkata: “Adalah mustahil untuk bertolak ansur dengan saluran media, dengan kelayakan akhbar daripada pejabat akhbar pemerintah dan dengan pejabat di Israel, bertindak dari dalam terhadap kami pada masa perang.”

Pegawai Israel telah lama mengadu tentang liputan Al Jazeera tetapi tidak mengambil tindakan, mengingati Qatar membiayai projek pembinaan Palestin di Jaluran Gaza – dilihat oleh semua pihak sebagai cara untuk mengelakkan konflik.

Bagaimanapun, tindakan Israel itu menimbulkan kebimbangan Amerika Syarikat, sekutu utama Israel, yang berkata adalah penting untuk mengekalkan kebebasan akhbar.

“Jika ia benar, langkah seperti ini membimbangkan,” kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Cik Karine Jean-Pierre.

Sejak perang Gaza meletus pada 7 Oktober, Doha telah menjadi pengantara rundingan gencatan senjata yang membolehkan Israel mendapatkan semula sebahagian tebusannya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg