Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Netanyahu berdepan tekanan atas kematian ramai askar Israel

Jan 24, 2024 | 01:45 PM



BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, menghadapi krisis yang semakin meningkat selepas hari terburuk Israel kehilangan anggota tentera dalam perang Gaza dan bantahan berleluasa atas kegagalannya membebaskan baki tebusan.


Strategi tentera di wilayah Palestin berada di bawah penelitian yang ketat berikutan kematian 24 anggota tentera pada 22 Januari, satu kehilangan terbesar dalam tempoh sehari sejak serangannya ke atas Gaza bermula pada akhir Oktober.

Antara yang terbunuh ialah 21 anggota simpanan, yang maut dalam satu kejadian.

Insiden itu, yang menyaksikan tembakan roket yang terkena kereta kebal dan dua bangunan yang cuba diletupkan oleh tentera, disifatkan sebagai “bencana” oleh Encik Netanyahu.

Encik Emmanuel Navon, pensyarah di Universiti Tel Aviv, memberitahu agensi berita AFP bahawa kehilangan anggota tentera “mempengaruhi semua orang, kerana hampir semua orang di negara ini mempunyai anak lelaki atau saudara lelaki atau saudara mara yang bertempur di Gaza“.

Rakyat Israel kini mempersoalkan “apakah strateginya... Adakah kita benar-benar akan meneruskan serangan sehingga kita memusnahkan Hamas?” tanya beliau.

Pada masa yang sama, perpecahan telah muncul dalam kabinet perang Encik Netanyahu berikutan protes di Tel Aviv dan di luar rumahnya di Baitulmakdis, yang menyaksikan saudara-mara tebusan mengadakan perhimpunan pada 22 Januari sambil melaungkan “semua orang kini mendesak supaya tebusan dibebaskan”.

“Suasana semasa dalam Kabinet perang sangat teruk,” kata Cik Julia Elad-Strenger, pensyarah Universiti Bar-Ilan dekat Tel Aviv.

Dua daripada lima anggota Kabinet perang Israel, Encik Benny Gantz dan Encik Gadi Eisenkot, telah menolak pendirian Encik Netanyahu bahawa hanya tekanan tentera ke atas Hamas akan membolehkan pemulangan tebusan, kata pakar itu.

Encik Eisenkot, yang anaknya mati dalam pertempuran di Gaza, berkata:

“Adalah mustahil untuk mengembalikan tebusan hidup-hidup dalam masa terdekat tanpa persetujuan (dengan Hamas).”

Encik Netanyahu telah berikrar “kemenangan sepenuhnya” ke atas Hamas sebagai tindak balas kepada serangan oleh Hamas pada 7 Oktober, yang membunuh 1,200 orang dan menahan 240 yang lain sebagai tebusan.

Israel mendakwa seramai 132 tebusan masih ditahan di Gaza dan sekurang-kurangnya 28 tebusan telah mati dalam tahanan.

Pakar berkata mereka menjangkakan Encik Netanyahu meneruskan perang sebagai taktik untuk kekal berkuasa, walaupun tekanan untuk mengubah haluan semakin meningkat. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >